top of page

Tinjauan: 70% yakin PM Anwar berupaya pulihkan ekonomi negara



Dasar kewangan, kempen anti rasuah dan tindakan bantuan bersasar Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memulihkan keyakinan pelabur luar serta pasaran kewangan dalam negara diyakini rakyat berupaya memulihkan ekonomi yang agak buruk sejak sedekad lalu.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ilham Centre, Hisommudin Bakar, keyakinan itu telah pun ditunjukkan secara konsisten dalam siri tinjauan pendapat atau polling yang beliau lakukan di Facebook kelmarin dan di media sosial lainnya selepas itu.


"Soalan saya tanya itu (di Facebook) untuk tengok sejauh mana penerimaan terhadap PM 10, juga inisiatif Malaysia Madani dan Kerajaan Perpaduan, adakah diterima oleh rakyat.


"Jadi saya melihat hasil daripada polling yang saya buat itu konsisten dari awal sehingga saya tutup polling (dalam 24 jam). Trend menunjukkan, pertama saya tanya tentang ekonomi rakyat. Rata rata memang saya lihat rakyat terkesan dengan kos sara hidup.


"Mereka menyatakan berdepan dengan isu pendapatan isi rumah. Pendapatan meereka tertanggu dengan kenaikan harga barang


"Kedua, sisi positifnya, penerimaan terhadap atau keyakinan mereka kepada Datuk Seri Anwar (akan mampu) memulihkan ekonomi melepasi 70%. Kalau tengok hasil polling itu, rakyat telah meletakkan impian yang tinggi kepada Datuk Seri Anwar (untuk) memulihkan ekonomi," kata Hisommudin kepada Suara Keadilan.


Bagaimanapun, Hisommudin mendapat hasil yang agak kontra berkenaan sebaran maklumat kerajaan.


Biarpun, katanya, rakyat maklum mengenai agenda Malaysia Madani yang dilancarkan Anwar sejak Januari 2023 tetapi katanya, maklumat tersebut kurang diperolehi daripada sumber sebaran am kerajaan, sebaliknya rakyat mengetahuinya daripada sumber lain.


"Berkenaan hebahan maklumat agak kontra sikit. Mereka mengetahui mengenai Malaysia Madani tetapi mereka menyatakan hebahan oleh kerajan itu tidak berkesan kepada mereka. Maksudnya mereka tidak mendapat hebahan daripada kerajaan. Mereka mendapat maklumat dari sumber lain, sebagaimana yang saya faham (berdasarkan tinjauan)," ujarnya.


Namun bagi Hisommudin, perkara paling penting adalah Anwar telah mendapatkan kembali karismanya sebagai pemimpin unggul apabila beliau dengan mudah melepasi impian atau aspektasi rakyat berkenaan kualiti seorang PM.


"Bagi soalan, adakah kerajaan Madani memenuhi harapan mereka, saya lihat 60% menyatakan kerajaan memenuhi aspektasi.


"Untuk pendapat, adakah kerajaan ini mampu bertahan sehingga habis penggal, 81% menyatakan mereka yakin Kerajaan Perpaduan boleh kekal sehingga tamat penggal," katanya.


Satu lagi punca kejayaan pentadbiran 4 bulan Anwar di mata rakyat, kata Hisommudin adalah inisiatif pakej Rahmah.


Katanya, tidak mengira jenis bantuan apa, rakyat berpuas hati bantuan berkenaan mampu meredakan kesukaran hidup yang dialami golongan memerlukan.


"Mengenai Menu Rahmah, bantuan rahmah dan pakejnya, adakah mampu untuk meredakan beban ekonomi keluarga mereka, 61% menyatakan ada kesan. Inisiatif Rahmah mereka kata mampu menyerap beban ekonomi dihadapi," katanya lagi.


Hisommudin dalam beberapa hari ini menjalankan polling di hampir semua media sosial menjelang Hari Raya Aidilfitri bagi melihat apakah rakyat berpuas hati dengan pentadbiran Anwar sepanjang 4 bulan. Lebih lebih lagi bagaimanakah kesan bantuan bersasar kepada rakyat biasa yang merayakan Aidilfitri pada tahun ini.










0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page