top of page

70% kerusi yang dituntut MUDA selesai dirunding



Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) telah menyelesaikan 70% daripada tuntutan kerusinya bersama Pakatan Harapan (PH) dalam perundingan hari ini.


Menurut Timbalan Presiden Muda Amira Aisya Abdul Aziz, parti itu akan mempercepatkan rundingan mengenai baki 30 peratus kerusi dengan rakan rakan pakatan pilihan raya.


"Saya rasa perbincangan tadi sesuatu yang positif, yang saya boleh maklumkan, 70 peratus selesai. Bermakna ada lagi perkara yang perlu dirungkai. Kita akan segerakan perbincangan dalam dua, tiga hari ini dan akan adakan perjumpaan," katanya kepada wartawan selepas selesai rundingan bersama wakil PH di Ibu Pejabat KEADILAN di Peyaling Jaya, hari ini.


Kata Amira, MUDA kali ini tidak menuntut mana mana kerusi yang dipertahankan oleh PH dan dengan itu perundingan menjadi lebih mudah.


"Kita minta kurang daripada 15 kerusi. 70% selesai. Kita langsung tak minta kerusi yang ada penyandang," katanya.


Bagaimanapun Amira enggan mendedahkan kerusi kerusi yang diminta atau sebarnag maklumat mengenainya.


PH diwakili oleh Naib Presiden KEADILAN Nik Nazmi Nik Ahmad, dari DAP Steven Sim dan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad.


Rundingan dijangka akan selesai sebelum 28 Oktober ini apabila PH mengumumkan nama calon calon mereka.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page