Sebanyak 7 cawangan MIC melibatkan 500 ahli dibubarkan di Tambun, dan kesemua ahlinya menyertai KEADILAN hari ini.
Meraikan kemasukan anggota baharu itu, Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu alukan mereka untuk mendukung agenda reformasi serta membawa perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke 15 kali ini.
"KEADILAN sebagai sebuah parti majmuk dan rencam ideologi mengalu-alukan sesiapa saja untuk mendukung agenda reformasi dan menentang segala unsur penindasan ke atas mana-mana kaum di negara ini.
"Negara ini terbina dengan dukungan dan kekuatan pelbagai kaum sejak tercapainya kemerdekaan sehingga hari ini.
"Jangan kita sisihkan sesiapa atas nama kaum dan kita mesti menyanggah sesiapa sahaja yang cuba menanam bibit perkauman yang akan merosakkan perpaduan," katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, Anwar menyeru lebih banyak rakyat Malaysia bersama perjuangan Pakatan Harapan untuk memastikan masa hadapan yang lebih gemilang buat generasi akan datang.
"Saya menyeru seluruh rakyat untuk berpadu dan berusaha menamatkan riwayat kerajaan yang cuai dan tidak peduli akan nasib rakyat di bawah," katanya lagi.
Comments