7 bulan Kerajaan Perpaduan, rakyat dapat bantuan tidak pernah terfikirkan
- Redzuan Shamsudin
- Jul 7, 2023
- 2 min read

Genap 7 bulan pemerintahan Kerajaan Perpaduan pada 5 Julai lalu rakyat telah menikmati pelbagai bantuan termasuk yang tidak pernah difikirkan sebelum ini.
Menurut Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Ahmad Fahmi Fadzil bantuan yang sedia ada telah ditingkatkan, manakala bantuan baharu telah diwujud bagi mengurangkan kesukaran rakyat menghadapi peningkatan kos hidup.
Hal itu, katanya, terkandung dalam kad laporan 7 bulan pemerintahan Kerajaan Perpaduan yang diumum semalam.
"Saya senaraikan beberapa inisiatif yang telah dilaksanakan Kerajaan Perpaduan dalam usaha mengurangkan beban ekonomi rakyat.
"Bagi pelajar yang menerima tajaan JPA sebelum ini elaun RM1,000 sebulan, kini RM1,100. Untuk pelajar sekolah, sebelum ini bantuan awal persekolahan diberi sebanyak RM100 kini meningkat RM150.
"Sebelum ini pelajar sekolah dan OKU perlu bayar tiket keretapi, sekarang percuma. Sebelum ini nak mohon kemasukan universiti, UPU Online bayar RM15, tahun ini percuma.
"eDompet RM150 pula sekarang meningkat ke RM200," katanya dalam satu siaran media.
Tidak sampai di situ kata Fahmi lagi, bantuan sedia ada sejak era PM Najib seperti Bantuan Prihatin Rakyat telah ditambah baik daripada sehingga RM1800, sekarang rakyat mendapat Sumbangan Tunai Rahmah sehingga RM2,500.
Guru KAFA 5,000 orang, sebelum ini mendapat elaun RM1000 sebulan, sekarang mendapat RM1,100 sebukan.
Juga imam, bilat, siak dan guru takmir mendapat sumbangan RM500 setahun meningkat RM600
Bagi penjawat awam pula, bantuan Aidilfitri berjumlah RM500 dinaikkan kepada RM700. Pesara kerajaan mendapat bantuan Aidifitri RM250 ditingkatkan kepada RM350.
"Harga internet jalur lebar yang sebelum ini RM89 sebulan sekarang golongan B40 hanya perlu membayar RM69 dengan pakej perpaduan.
"Sebelum ini tiada perubatan percuma di klinik swasta, kini diwujudkan perubatan percuma di klinik swasta terpilih. Insurans takaful Rahmah juga diperkenalkan serendah RM5 sebulan.
"Sebelum ini tiada harga istimewa untuk makanan siap, sekarang ada Menu Rahmah serendah RM5.
"Juga ada Jualan Madani makanan basah diskaun sehingga 30%," katanya.
Bagi nelayan, pesawah dan pekebun kecil, kata Menteri Komunikasi dan Digital itu bantuan musim tengkujuh mereka bernilai RM600 telah meningkat RM800, Bantuan Khas Aidilfitri untuk pesawah, nelayan dan pekebun pula RM200.
Begitu juga, katanya, Bantuan Khas Pesawah yang disumbangkan Bernas sebanyak RM250 sebulan tidak termasuk subsidi harga padi, baja padi dan sebagainya.
Malah golongan muflis turut diberi peluang kedua dengan 130,000 rakyat muflis diberi dibatalkan status muflis.
Comments