top of page

'7 Berita Baik Untuk Rakyat' berita palsu



Penyebaran klip video bertajuk '7 Berita Baik Untuk Rakyat Malaysia' sejak kelmarin oleh pihak tidak bertanggungjawab amat dikesalkan.


Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil berkata video TikTok tersebut adalah palsu dan direkayasa oleh pihak tidak dikenali.


"Sejak dimuatnaik, video fake news ini telah mendapat lebih 1.8 juta views.


"Malah ada yang download video ini dan sebar di platform lain seperti WhatsApp.


"Ini antara bahaya sebaran berita palsu," katanya.


Beliau turut memberi nasihat kepada rakyat, selain pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bertanggungjawab menyiasat video palsu, orang awam juga seharusnya bertanggungjawab untuk tidak menyebarkan kilp video yang tidak sahih atau mengandungi unsur fitnah.


"Jadi selain membuat laporan kepada TikTok dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk tindakan segera, sebaiknya kita juga semak dahulu kesahihan maklumat itu," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page