top of page

7,500 belia disasar sertai Program Rakan Bumi 2026 - KBS

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 10 hours ago
  • 1 min read

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menetapkan sasaran penyertaan 7,500 golongan belia dari seluruh negara dalam Program Rakan Bumi 2026.


Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari (gambar) berkata, pelancaran peringkat nasional program tersebut telah diadakan di Taman Laut Pulau Redang dan akan diperluas ke negeri-negeri lain.


"Pogram Rakan Bumi akan memberi fokus kepada aktiviti kesukarelawanan berimpak tinggi, khususnya dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.


"Matlamat utama adalah untuk memastikan golongan muda memainkan peranan aktif serta bertanggungjawab terhadap masa depan negara," katanya dipetik.


Pada pelancaran program tersebut, peserta menyertai pelbagai aktiviti antaranya mengutip sampah, menanam pokok serta membersihkan kawasan laut.


Aktiviti tersebut diatur bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia terhadap kepentingan menjaga alam sekitar.

Sementara itu, Dr Mohammed Taufiq dalam kenyataan berkata, program Rakan Bumi 2026 terbuka kepada semua lapisan belia yang berminat untuk menyumbang kepada usaha kelestarian alam sekitar.


Orang ramai, khususnya belia, disaran mendapatkan maklumat lanjut melalui laman sesawang rasmi atau media sosial Jabatan Belia dan Sukan negeri masing-masing.


"KBS berharap Program Rakan Bumi: Projek Planet Rakan Muda dapat menjadi model program kelestarian belia berimpak tinggi di peringkat nasional, sekali gus melahirkan generasi yang progresif, bertanggungjawab dan cakna terhadap alam sekitar," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page