top of page

68 tahun merdeka, Malaysia jadi pusat ekonomi digital Asia Tenggara

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 1 min read

DS Wan Azizah berucap merasmikan Karnival Ambang Merdeka 2025 Parlimen Bandar Tun Razak
DS Wan Azizah berucap merasmikan Karnival Ambang Merdeka 2025 Parlimen Bandar Tun Razak

Setelah 68 tahun merdeka Malaysia kini bergerak menjadi pusat ekonomi digital utama di Asia Tenggara.


Hal itu dinyatakan dalam ucapan perasmian "Karnival Ambang Merdeka 2025 Parlimen Bandar Tun Razak" oleh Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, semalam.


"Hari ini kita merdeka 68 tahun, kita diiktiraf sebagai salah satu pusat ekonomi digital Asia Tenggara.


"Kita mendapat pelaburan RM3.29 bilion dalam sektor AI (kecerdasan buatan) bagi tempoh Januari - Jun tahun ini. Pelaburan ini membuka ribuan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi," katanya.


Selain itu, menurut Dr Wan Azizah, Malaysia juga sedang beralih kepada teknologi hijau dan peralihan tenaga daripada menggunakan bahan api fosil kepada tenaga boleh diperbaharui seperti penjanaan solar.


"Jadi inisiatif tenaga lestari juga mengurangkan kita kepada kebergantunan kepada bahan api fosil. Kita juga nak kurangkan pencemaran udara dan air.


"Projek solar berkala besar dan elektrik meletakkan Malaysia di antara peneraju agenda ekonomi hijau serantau," katanya.


Dasar teknologi dan tenaga boleh diperbaharui tambah Dr Wan Azizah, akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan dijangka 28,000 peluang boleh dijana melalui sektor berkenaan.


Hal itu kata beliau akan memperbaiki ekonomi golongan B40 dan M40.


"Itu yang penting terutama M40 dan B40. Kita (kerajaan) nak selesa dan berkebajikan. Skim perubatan Madani dilaksanakan, akses kepada perubatan lebih baik," katanya.


Sehubungan itu beliau berharap masyarakat terutama di Bandar Tun Razak tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang mahu memundurkan fikiran, sebaliknya melatih anak anak dan menyediakan diri mereka dengan teknologi baharu.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page