top of page

6 kolam takungan banjir jadi tapak pembangunan, SPRM perlu bertindak



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta bertindak ke atas penyalahgunaan kuasa dengan menukarkan tapak 6 kolam takungan banjir kepada tapak pembangunan.


Hal itu didedahkan oleh Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh susulan Laporan Ketua Audit Negara 2019 ke atas Pelaksanaan Pembangunan Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan.


"Pendedahan yang paling mengejutkan dalam laporan ini ialah enam kolam takungan banjir telah diluluskan untuk tujuan pembangunan.


"Tukar guna ini bukan sahaja menjejaskan kapasiti kolam takungan banjir, malah merencatkan keseluruhan sistem operasi banjir Kuala Lumpur Flood Mitigation, seterusnya mendedahkan Bandar Raya Kuala Lumpur kepada risiko berlakunya bencana banjir yang lebih kerap.


"Ia juga secara jelas mendedahkan untuk tempoh yang sama dari tahun 2015 hingga 2020, Kuala Lumpur mengalami banjir kilat sebanyak 48 kali. Ini juga merupakan pertambahan bilangan banjir kilat dari 5 kali pada tahun 2017 kepada 13 kali dalam tahun 2020


"Saya telah membangkitkan perkara ini semasa persidangan Parlimen baru-baru ini, mengenai kurangnya maklum balas dari SPRM berkenaan laporan dan pendedahan ini. Kemusnahan yang disebabkan oleh banjir minggu lepas sepatutnya menyedarkan SPRM dan DBKL untuk mengambil tindakan segera," katanya.


Sehubungan itu Hannah memberi SPRM tempoh 24 jam untuk bertindak.


Katanya, tiada kelewatan yang boleh dikompromi memandangkan Kuala Lumpur telah pun mengalami banjir besar minggu lalu dan boleh dikurangkan impaknya sekiranya mempunyai kolam takungan banjir mencukupi.


"Seminggu selepas hujan lebat berpanjangan pada 18 Disember, Kuala Lumpur telah mengalami banjir teruk melibatkan 12 kawasan dan menyebabkan lebih 90 lokasi kejadian tanah runtuh. Ketika DBKL berhempas pulas membersihkan sampah akibat banjir, namun terdapat keperluan untuk mereka berhenti dan melihat semula bagaimana kelulusan pembangunan di Kuala Lumpur dilakukan.


"Menerusi Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan baru-baru ini telah mendedahkan sepanjang tempoh 2015-2020 Datuk Bandar meluluskan 943 kebenaran perancangan walaupun tidak selaras dengan Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur (PBRKL) 2020.


"Laporan tersebut juga menyebut perubahan zon guna tanah dan intensiti pembangunan memberi kesan kepada alam sekitar dan pertambahan kepadatan menyebabkan berlakunya pengurangan tanah lapang awam, kejadian banjir kilat di Kuala Lumpur dan kesesakan lalu lintas," katanya lagi.


Tegas Hannah, beliau tidak akan tidak akan mengizinkan kejadian banjir di Kolam Air dan di Kampung Kasipillay yang berlaku di dalam kawasan Parlimen Segambut tidak dilayan dengan sewajarnya.


"Sebagai Ahli Parlimen mereka, saya menuntut SPRM mengambil tindakan segera mengenai pendedahan dalam Laporan Ketua Audit Negara.


"SPRM mesti bertindak dalam tempoh 24 jam dengan melakukan siasatan segera dan memaklumkan hasil siasatan mereka kepada penduduk Kuala Lumpur. Semua maklumat secara jelas dinyatakan di dalam Laporan Ketua Audit Negara termasuk kronologi dan kegagalan jawatankuasa yang meluluskan.


"Jika Perdana Menteri serius mahu menangani isu banjir ini, beliau tidak boleh terlepas perkara paling penting ini," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page