top of page

6 kolam air jadi tapak pembangunan: Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan buat laporan polis



Beberapa Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini membuat laporan polis berhubung pemberi milikan 6 kolam takungan air banjir sebagai tapak pembangunan kepada syarikat swasta.


Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil (gambar, kiri), berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2019 tapak kolam tersebut telah diberi milik kepada syarikat dan satu siasatan perlu dibuat untuk mengenal pasti siapakah yang terlibat membuat keptusan pemberi milikan kolam banjir itu


"Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2019, siri 2, 6 buah kolam takungan banjir telah diberi milik dan menimbulkan keresahan penduduk Kuala Lumpur memandangkan kita telah mengalami banjir besar terburuk dalam tempoh 25 tahun baru baru ini. Malah di sesetengah kawasan, mereka yang tidak pernah mengalami banjir seteruk 18 - 19 Disember lalu.


"Oleh itu bila kita teliti Laporan Ketua Audit, beberapa keputusan telah diambil yang kelihatan seperti tidak mengikut dapatan dari agensi teknikal, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).


"Kita baca dalam laporan tersebut bahawa Ketua Pengarah JPS Malaysia, sebagai contoh satu dari 6 kolam tersebut, telah memberi ulasan bahawa seeloknya tanah berkenaan dirizabkan terus sebagai kolam takungan banjir.


"Malangnya 6 tapak telah diberi milik. Ini menjadi tanda tanya warga KL dan kami sebagai Ahli Parlimen semestinya tidak begitu puas hati kerana sehinga kini persoalan kami bangkitkan Menteri Wilayah seolah olah permainkan," katanya dalam sidang media di Balai Polis Sentul, Kuala Lumpur, tengah hari tadi.


Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi KEADILAN mengakui berasa terkilan terhadap Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim yang mempersendakan pertanyaan dari Pembangkang berhubung status kelulusan tapak pembangunan berkenaan.


"Faktanya dalam isu tersebut 6 kolam telah diberi milik dan maklum balas agensi yang bertanggungjawab memberi ulasan teknikal, lebih banyak menimbulkan tanda tanya.


"Sebagai contoh maklum balas JPS pada 6 Januari 2021 bahawa tukar guna kolam takungan bagi tujuan pembangunan bukan sahaja menjejaskan kapasiti kolam takungan, malah merencatkan keseluruhan sistem mitigasi banjir di KL dan mendedahkan KL kepada risiko berlakunya bencana banjir lebih kerap.


"Maka kami buat laporan ini agar pihak polis buat siasatan ke atas skandal 6 kolam banjir ini," katanya.


Laporan polis itu dibuat bersama Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai dan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh.

Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran

Kelmarin, Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran juga telah membuat pendedahan berhampiran tapak kolam takungan banjir Kampung Delima.


Beliau kesal kerana banyak perkara yang kerajaan sebelum ini dan sekarang lakukan tanpa pengetahuan Ahli Parlimen dan penduduk.


Katanya, ada beberapa kolam di KL yang dilulus untuk tujuan pembangunan. Contohnya, kolam berhampiran Kg Delima. Menurut beliau apabila dibuat pembangunan di sekeliling kolam takungan, maka saiz kolam tersebut akan mengecil


"Apabila saiz kecil dan hujan tak berhenti dua tiga hari. Contoh di Sungai Batu seluruh kawasan banjir, sebab kolam tangkungan banjir sudah mengecil. Kita tidak tahu siapa yang tukar hak milik kolam ini kepada syarikat. Kerajaan perlu rizabkan kolam ini.


"JPS telah beritahu mereka tidak setuju, mereka mahu kolam digazetkan supaya tiada pembangunan di sekitar," katanya.


Dakwa Praba, daripada kajian yang beliau lakukan terdapat campurtangan dari mantan menteri memberi arahan untuk tukar hak milik.


Beliau mengesa Menteri Wilayah Persekutuan bertanggungawab dan membuat siasatan siapakah yang menukar hak milik kolam tersebut. Hal itu, katanya akan dilaporkan kepada SPRM akan dibawa kepada Jawatankuasa Khas Parlimen untuk meneliti pihak manakah yang bertanggungjawab.



0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page