top of page

5G: Projek waktu darurat, Kementerian Multimedia pun tidak tahu?



Projek perbekalan spektrum 5G yang dijalankan oleh syarikat Digital Nasional Berhad (DNG) terus menimbulkan kontroversi baharu.


Bagi Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh yang bertanyakan mengenai operasi dan kaedah perkhidmatan 5G syarikat itu di Dewan Rakyat pagi tadi, jawapan yang diterimanya menimbulkan pelbagai kesangsian.


"Bagaimana peranan memantau ekosistem 5G ini?


"Jawapan Timbalan Menteri tadi menyebutkan peranan masing masing. Itu jelas. Network service provides diberi kepada DNG dan kemudiannya dijual secara harga borong kepada syarikat pembekal perkhidmatan telekomunikasi (telco).


"Tetapi soalan tambahan, di sini kita kena sebutkan. Soalan tambahan ialah laporan Ernst & Young (E&Y) berkenaan 5G ini sangat baik, maksudnya ada penambahan 5% KDNK menjelang 2030. Mencipta peluang pekerjaan, merapatkan jurang digital, ketersambungan luar bandar dan bandar.


"Namun ada juga laporan sekiranya model yang digunakan untuk perlaksanaan 5G ini, iaitu single wholesale network itu gagal, apakah pelan kedua dari kerajaan?


"Dalam masa sama, sekiranya itu ada (pelan B), apakah dengan perkembangan terkini bahawa syarikat telco ada buat aduan mengenai isu ketelusan atau harga borong. Dalam masa sama ada ura ura, semalam telah disahkan oleh menteri, ada kajian semula model jual borong ini, dan akan dibawa ke jemaah menteri pada Januari depan," katanya dalam sidang media di Parlimen.


Syed Ibrahim yang juga Jurucakap Parlimen bagi Teknologi Digital Telekomunikasi dan Pengangkutan itu berkata, kerajaan dalam keadaan yang tidak pasti seperti ini sepatutnya mempunyai pelan kedua dengan menganjurkan model yang berbeza.


"Jawapan dari Timbalan Menteri menunjukkan ada isu. Pertamanya, kita tengok penubuhan DNB seolah olah telah dibuat tanpa rundingan bersama Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia (KKMM). Kalau kita tengok KKMM banyak menerima aduan dari telco berkenaan kerunsingan atas perkara tersebut


"Penubuhan DNB di bawah Kementerian Kewangan tanpa ada rundingan bersama KKMM. Dengan jawapan itu, seolah-olah Kementerian Kewangan mengambil alih keputusan pelaksanaan 5G," katanya.


Sehubungan itu, Syed Ibrahim menuntut keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk meneliti semula penubuhan DNG dan pelan pemasaran spektrum 5Gnya. Andai terdapat perkara yang tidak telus, katanya, Ismail haruslah memperbetulkannya.


"Ada nada kekecewaan Timbalan Menteri. Persoalan besarnya apakah ini menunjukkan 5G ini dipandu oleh pemain indusri atau pengguna? Pada masa sama kita bimbang ini adalah usaha kerajaan untuk mencipta projek mega.


"Kalau kita ingat penubuhan DNG pada masa darurat dan tiada soalan boleh ditanya. Ini satu kesempatan untuk diambil. Saya mohon perkara ini diteliti semula untuk mengelak ketirisan," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page