Ibu bentuk generasi penerus dengan curahan bakti, kasih sayang - PM
- Suara Keadilan
- 1 hour ago
- 1 min read

Ibu memainkan peranan penting dalam pembinaan keluarga bergandingan dengan bapa menentukan masa depan anak anak.
Bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, peranan seorang ibu sangat bermakna terutama dalam mendidik anak anak menjadi generasi penerus yang budiman.
"Ibu bukan sekadar permaisuri dalam keluarga, tetapi tunjang utama dalam membentuk serta mencorak generasi penerus yang berakhlak, berilmu dan bersedia memimpin masa depan dengan sikap belas yang tinggi beserta curahan bakti dan kasih sayang," katanya dalam muat naik di Facebook sempena Hari Ibu hari ini.
Beliau mengucapkan syabas kepada ibu ibu di seluruh negara yang menuntun lahirnya sebuah keluarga penyayang dan generasi yang mengutamakan ihsan, salah satu komponen dalam teras Malaysia Madani.
"Saya mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada seluruh kaum ibu yang menjadi asas kepada lahirnya keluarga dan masyarakat yang bermaruah, unggul dan madani," katanya lagi.
PM juga memuat naik sekeping foto yang amat bermakna bersama ibundanya, Allahyarhamah Che Yan Abdul Hamid Hussein bersama isteri dan anak beliau. Che Yan mengokong kuat perjuangan reformasi yang digerakkan Anwar pada 1998 lalu.
Beliau ditakdirkan meninggal dunia pada waktu Anwar masih ditahan di penjara Sungai Buloh dan hanya dibenarkan melawat ibunya beberapa jam, sebaik jenazah tiba di tanah perkuburan.