Perkhidmatan 5G: Negara lain jana berbilion ringgit, Malaysia terpaksa pinjam modal?



Sesuatu yang tidak kena dengan model perniagaan perkhidmatan spektrum 5G Malaysia apabila kerajaan negara luar dengan senang memperolehi hasil berbilion ringgit, tetapi Malaysia perlu meminjam modal untuk membuka sebuah syarikat pemborong perkhidmatan.


Hal itu didedahkan oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Beliau menyatakan rasa aneh dan kesal dengan model perniagaan 5G Malaysia yang tidak dilakukan di bahagian dunia lain.


"Sejak mereka menjadi kerajaan pada Mac 2020 Perikatan Nasional (PN) mereka bentuk projek 5G. Pada 15 Mei 2020 projek dianugerahkan secara rahsia kepada beberapa syarikat tempatan tanpa ketelusan dan tender terbuka.


"Kemudian kerajaan PN mengemukakan rancangan untuk menubuhkan pasaran borong untuk perkhidmatan 5G dengan kos berbilion ringgit, RM12 - RM18 bilion. Semua ini dilakukan tanpa perbahasan di Parlimen dan hanya rundingan secara tertutup.


"Bila diumumkan, pemain industri gagal untuk memahami mengapakah Malaysia pada 2021 perlu mempunyai sebuah syarikat monopoli untuk ruang 5G.


"Negara lain menjana berbilion ringgit dengan menjual akses spektrum 5G. Malaysia pula meminjam duit (>RM12 bilion) untuk menubuhkan syarikat berkaitan kerajaan menguruskan (pemborongan) 5G," katanya.


Lebih membingungkan, kata Ahli Parlimen Port Dickson itu, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia dalam jawapan di Parlimen mendedahkan Kementerian Kewangan menekan mereka dalam melantik Digital Nasional Bhd (DNB) sebagai syarikat pemborong tunggal perkhidmatan 5G.


"Siapa yang mendapat keuntungan (dalam perniagaan 5G ini) dan bagaimana mereka memberi kepentingan kepada pemimpin dalam kerajaan?


"Ini adalah ahli perniagaan kroni yang kabur latar belakangnya dan memberi amaran kepada kita bila kerajaan menggantung Parlimen dengan darurat, menghentikan perbahasan di Parlimen, itu (tentunya) kerana ada hal yang mahu disembunyikan daripada rkayat.


"Mengapakah kerajaan perlu membayar orang tengah untuk mendapatkan perkhidmatan dari sektor swasta dengan mewujudkan DNB?" tanya Anwar lagi.


Selain itu, Anwar juga tertanya tanya mengapakah Malaysia memerlukan syarikat tempatan sebagai orang tengah kepada tiga gergasi besar, Microsoft, Google dan Amazon dalam membekalkan perkhidmatan simpanan data clouds.


Beliau bertanya apakah keistimewaan syarikat tempatan terbabit.


"Kerajaan PN pada hujung Februari menganugerahkan tiga entiti tempatan sebagai rakan kongsi untuk perkhidmatan clouds, Microsoft, Google dan Amazon. Mereka membina dan menguruskan pusat data. Tiada tender terbuka.


"Adakah Amazon, Microsoft dan Google perlukan syarikat tempatan yang tidak diketahui ini untuk membangtu mereka membekalkan perkhidmatan clouds?


"Adakah mereka tidak cukup berpengalaman dalam perniagan ini untuk mengetahui apa yang mereka perlu lakukan?


"Mengapa Malaysia terlalu istimewa memerlukan syarikat orang tengah? Berapa bayaran tambahan yang mereka (orang tengah) kenakan dan kerajaan perlu bayar?


"Setiapm kali kita menggali kita dapati lebih banyak 'kotoran' sama ada dari kerajaan PN atau Umno, semua mereka sama," kata Anwar lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER