top of page

5G, DNB, keputusan akhir Mac - Fahmi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 9, 2023
  • 1 min read


Perkhidmatan spektrum 5G dengan model perniagaan diterajui syarikat tunggal Digital Nasional Berhad (DNB) akan diputuskan pada hujung Mac.


Menurut Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil (PH - Lembah Pantai), buat masa ini sesi libat urus antara KKD serta semua syarikat telekomunikasi, termasuk DNB dan SKMM bertujuan untuk mendapatkan maklum balas serta maklumat tambahan daripada semua pihak terlibat dalam menentukan hala tuju model pelaksanaan rangkaian 5G berkenaan.


Hal itu ditegaskan beliau dalam sesi penggulungan Belanjawan 2023 Peringkat Dasar di Dewan Rakyat petang ini.


"Siri sesi libat urus ini masih lagi diteruskan, di mana masih terdapat beberapa perkara yang perlu diperhalusi dan diteliti, sebelum keputusan mengenai hala tuju pelaksanaan 5G dapat dicapai. Kerajaan dijangka akan membuat keputusan muktamad mengenai pelaksanaan rangkaian 5G pada penghujung Mac 2023.


"Untuk makluman Ahli Yang Berhomat, model Single Wholesale Network (SWN) yang digunakan DNB adalah berdasarkan model pemulihan kos (cost recovery) dan berpandukan bekalan (supply led)


"Kerajaan juga sedang mempertimbang model pelaksanaan serta teknologi terkini, seperti teknologi Broadband Wireless Access (BWA), Fixed Wireless Access (FWA) dan teknologi satelit, bagi merapatkan jurang digital di antara kawasan bandar dan desa," katanya.


Fahmi turut memaklumkan sehingga 31 Januari 2023, DNB telah mencapai 52.6% Liputan di Kawasan Berpenduduk [Coverage of Populated Area (COPA)] dan komited untuk mencapai 80% COPA menjelang penghujung tahun 2023, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan semasa pembentangan Belanjawan 2023.


Beliau memberi jaminan Kerajaan sedang mengambil pendekatan agar DNB diuruskan dengan lebih telus dan terangkum supaya mencapai penyertaan penuh oleh pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan yang paling penting harga perkhidmatan 5G yang munasabah bagi rakyat.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page