59 tahun bawah GPS rakyat Sarawak mundur, masa untuk berubah - Abun Sui



Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 adalah ibu segala pilihan raya pada ketika negara di persimpangan sama ada mendapat Perdana Menteri pro-korupsi atau yang bersih.


Oleh itu, Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Abun Sui Anyit merayu pengundi di Sarawak untuk membuat perubahan di peringkat Persekutuan pada PRU kali ini bagi menjamin nasib yang lebih baik di kemudian hari.


"Kita tahu kali ini adalah untuk memilih PM. Saya mohon kita bersama (sokong) PH membentuk kerajaan yang bersih.


"Namun apabila kita bentuk kerajaan yang baik (2018 lalu), kerajaan itu telah direnggut oleh katak politik. Kita mahu kali inilah yang benar benar kita buat perubahan dan tidak ada peristiwa (lompat) itu lagi.


"Saya mohon kepada pengundi Miri sekalian. Sebagai satu jaminan untuk kita, kita telah membuat MoU dengan kerajaan Persekutuan yang lepas luluskan undang undang anti lompat. Kita jamin undang undang anti lompat, memang saya pun tidak akan lompat. Kalau lompat jadi kosong (hilang kerusi).


"Jadi berilah mandat kepada kita yang betul betul tulen, untuk bersama dengan kerajaan yang bersih, cekap dan berintegriti memikirkan masalah rakyat Sarawak," katanya dalam ceramah Jelajah Harapan Sarawak di Miri, malam tadi.


Katanya, rakyat Sarawak telah memberi kepercayaan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) selama 5 dekad di peringkat negeri dan parlimen tetapi tidak banyak kemajuan yang diperolehi.


Maka rakyat perlu berubah kepada Pakatan Harapan untuk mewujudkan pemerintahan yang lebih membela kehidupan mereka


"Kita telah beri kepercayaan kepada BN-GPS selama ini selama 59 tahun. Rakyat Sarawak beri kepercayaan selama 14 kali PRU, saya merayu kepada rakyat Sarawak berubahlah kali ini kerana Sarawak masih termundur di Malaysia. Hanya perubahan sahaja saja yang kita boleh cuba," katanya.


Oleh kerana Abun Sui turut bertanding di parlimen Hulu Rajang, beliau turut merayu agar pengundi di Miri pulang ke kawasan mereka untuk mengundi beliau pada 19 November.


Katanya, jika PH menang perkara pertana yang akan dimohon adalah pembinaan jalan raya menghubungkan daerah perbatasan Hulu Rajang ke ibu negara Indonesia yang baharu, Nusantara.


"Saya seoang yang dinamakan sebagai calon Hulu Rajang, saya merayu kepada pengundi di Hulu Rajang yang ada di Miri tolong balik, kita mesti mahu tukar.


"Hulu Rajang wilayah yang besar di Malaysia, sangat mundur. Apabila menang di Hulu Rajang kita mahu kerajaan bersama Datuk Seri Anwar mengadakan jalan raya.


"Perjuangan saya untuk mengadakan jalan raya dari Nusantara, Indonesia ke Hulu Rajang. Ini saya mohon kepada PM baru nanti," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER