585 pemimpin Sahabat AIM Kuantan berhimpun diberi taklimat Skim Paduri Madani
- Suara Keadilan

- 1 hour ago
- 2 min read

Seramai 585 pemimpin Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia, AIM, Cawangan Kuantan berhimpun dalam Perhimpunan Sahabat AIM Cawangan Kuantan yang berlangsung pada 19 Jun lalu. Perhimpunan ini menjadi platform memperkukuh jaringan, semangat dan hala tuju ekonomi komuniti B40 di bawah payung Kerajaan Madani.
Antara pengumuman penting dalam majlis tersebut ialah Kerajaan Madani memperkenal Skim Paduri Madani pada tahun 2026 iaitu inisiatif pembiayaan di bawah kendalian Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dengan peruntukan dana RM230 juta.
Skim tersebut menyasarkan 29,000 usahawan wanita B40 di bandar dan luar bandar. Keistimewaan utama adalah pengecualian syarat penjamin atau cagaran, termasuk kepada individu yang disenarai hitam atau muflis. Pintu rezeki dibuka seluasnya untuk ibu-ibu yang selama ini terhalang akses modal.

Menurut Pegawai Eksekutif UPNS AIM, Sridayu Samsuri, program perhimpunan berkenaan diadakan bertujuan untuk memperkasakan modal insan dan menghayati Nilai Ihsan MADANI agar Sahabat AIM terus teguh kukuhkan ekonomi hingga berjaya.
Katanya, skim pembiayaan terbaharu perlu direbut oleh golongan wanita untuk menambah pendapatan keluarga mereka.
"Paduri Madani bukti Kerajaan Madani faham kesusahan ibu B40. Tiada penjamin, tiada cagaran, walaupun nama disenarai hitam, asal ada usaha, AIM bantu. RM230 juta untuk 29,000 Sahabat baharu bangkit," katanya.
Turut hadir pada majlis itu ialah Ahli Majlis Bandaraya Kuantan yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelesenan Perniagaan MBK, Fakhrul Anuar Zulkawi.
Ubtuk rekod, AIM diasaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 19 September 1987. Kini AIM kekal sebagai institusi pembiayaan mikro terkemuka yang membantu rakyat biasa menjana pendapatan dan keluar dari kepompong kemiskinan.
Antara pengisian utama perhimpunan berkenaan ialah Sesi Penghayatan Nilai MADANI - Ihsan, Amanah, Mampan, Adil, Inovasi dan Hormat sebagai panduan berniaga dan bermasyarakat.




Comments