top of page

54,000 pengundi ragu: Boleh mengundi dengan isi Borang 11 - Dr Zaliha



Kewujudan pengundi ragu yang didedahkan oleh calon Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli sebelum ini merupakan hal yang perlu diambil berat oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP).


Bagi pengerusi JPP, Dr Zaliha Mustafa kebarangkalian pengundi ragu tersebut akan membuang undi pada hari pengundian bermula 13 Mei 2022 tidak boleh dikesampingkan.


Bagaimanapun, katanya, terdapat pelbagai perkara yang menyebabkan anggota tersebut menjadi pengundi ragu dan hal itu sering berkaitan dengan sejarah penubuhan KEADILAN itu sendiri.


"Saya yakin saudara Rafizi yang suatu ketika dahulu juga pernah menjadi Setiausaha Agung KEADILAN memaklumi tentang sistem legasi yang sedia ada dalam sistem Keanggotaan Parti yang menyimpan data keanggotaan sejak tahun1999 lagi.


"Rekod data keanggotaan pula dahulunya hanya dilakukan secara manual, dan dari masa ke semasa ia ditambah baik sehinggalah sekarang parti memperkenalkan aplikasi ADIL. Walaupun kini digunakan sebagai sistem pemilihan, tetapi saya yakin pada masa akan datang boleh digunakan sebagai sistem keanggotaan yang baik dan boleh dinaik taraf dengan teknologi terkini seperti AI.


"Sistem keanggotaan manual terdahulu sudah pasti menyaksikan risiko kesilapan menulis dan menaip nombor kad pengenalan, atau nombor telefon dan tidak kurang juga kemungkinan ia disengajakan atas alasan untuk melindungi identiti masing-masing pada zaman awal reformasi akibat intimidasi dari pihak berkuasa," katanya dalam kenyataan hari ini.


Namun menurut Dr Zaliha lagi, berdasarkan rekod terhadahulu 'anggota ragu' ini sentiasa mahu mengambil bahagian dalam proses pengundian biar pun identiti mereka tidak tepat direkodkan


Berdasarkan praktik sebelum ini, katanya, anggota tersebut tetap dibenarkan mengundi di tempat tempat pengundian fizikal


"JPP tidak boleh menidakkan hak mereka untuk mengundi maka keadaan seperti ini akan kita masukkan di dalam kategori pengundi ragu dan mereka boleh membuang undi dengan mengisi Borang 11 terlebih dahulu, yang bakal disediakan di pusat-pusat pengundian fizikal.


"JPP juga kemudiannya akan menyerahkan Borang 11 itu kepada Jabatan Keanggotaan supaya data keanggotaan pemilih tersebut akhirnya dapat diperbaiki dan dilengkapkan," katanya.


Walau apa pun keadaan, kata Dr Zaliha, jumlah 54,000 daripada 1.2 juta ahli itu adalah kecil sekitar 4.5% sahaja. Di mana julat tersebut munasabah bagi mana-mana organisasi yang mempunyai jumlah keanggotaan yang besar seperti KEADILAN.


"Namun pihak JPP tidak menafikan bahawa sistem keanggotaan parti haruslah sentiasa dilakukan pemutihan, pembersihan dan kemaskini yang berkala. Pastinya Aplikasi ADIL akan sangat membantu dalam usaha-usaha ini," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page