top of page

527 tambahan penerbangan musim perayaan - Menteri Pengangkutan

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Apr 17, 2023
  • 2 min read


Penerbangan pada musim perayaan tahun ini ditambah sebanyak 527 penerbangan bagi memudahkan rakyat balik kampung pada sambutan Aidilfitri.


Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Foke, penerbangan tambahan itu terutama ke destinasi Sarawak dan Sabah dibuat oleh syarikat MAS dan Air Asia.


Beliau juga berkata, pesawat MAS digunakan secara penuh bagi penerbangan musim perayaan tahun ini.


"Bukan sahaja MAS, Air Asia juga ada penerbangan tambahan. Tambahan penerbangan telah dilancar pada 7 Mac lalu. Saya melancarkannya, iaitu bermula malam Rabu (ini) 3 hari berturut turut ada penerbangan tambahan.


"Air Asia ada 124 penerbangan tambahan, saya minta Air Asia fokus semua penerbangan tambahan untuk KL - Sarawak dan Sabah.


"Untuk MAS saya difahamkan tahun ini, semua pesawat telah digunapakai untuk penerbangan. MAS ada 48 buah Boeing 737, semua pesawat ini dioperasikan secara optimus. Tidak benar pesawat tidak dioptimakan. Malah MAS juga guna Airbus 330 untuk ke Sabah dan Sarawak," katanya yang berpuas hati tambahan penerbangan lebih 60% berbanding hanya sekitar 300 penerbangan tambahan pada tahun lalu.


Menjawab kekeliruan bekas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong yang mendakwa tiket penerbangan MAS dari Kuala Lumpur ke Tawau amat mahal pula, Loke menyeru supaya menteri itu lebih bijaksana dengan memeriksa aplikasi pembelian tiket MAS secara online, bukannya menggunakan aplikasi lain.


"Dia hanya check dengan Air Asia Super X yang menunjukkan tiket KL - Tawau kelas ekonomi berharga RM3,138.


"Saya nak beritahu kepada Wee Ka Siong ada apps khusus untuk Malaysia Airlines. Tempah KL - Tawau 20 April 2023 seperti tarikh dirujuk Wee, kalau ikut keputusannya ialah, pukul 9 pagi yang tinggal kelas perniagaan RM2,863. Penerbangan pukul 10 pagi.


"Satu lagi malam. 9.05 sampai pukul 11 malam. Ada kelas ekonomi harga sekarang RM739. Itu yang saya nak tunjukkan kepada mantan menteri. Tak kan tak tahu MAS ada aplikasi sendiri. Kalau check MAS punya tiket, mengapa pakai Air Asia punya apps.


"Saya berharap Ka Siong tak buat kenyataan mengelirukan," katanya dalam sidang media tengah hari tadi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page