top of page

502 projek Inisiatif Kemudahan Rakyat diluluskan - Rafizi



Kementerian Ekonomi telah meluluskan 502 projek Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) dengan melibatkan kos sebanyak RM 76.3 juta.


Menterinya, Rafizi Ramli pada sesi Waktu Pertanyaan di Dewan Rakyat pada Khamis berkata, jumlah itu adalah sebahagian daripada 1,500 projek yang diluluskan secara prinsip oleh kementeriannya sejak IKR dilancarkan pada 20 Jun, 2023 lalu.

"Setakat ini, sebanyak RM57.2 juta telah disalurkan bagi pelaksanaan projek tersebut di seluruh Malaysia dengan Sabah meraih peruntukan tertinggi sebanyak RM21.6 juta dan diikuti oleh Perak RM7.2 juta, Pahang RM6.5 juta, Sarawak RM5.8 juta dan Selangor RM5.3 juta.


"Sebanyak RM2.2 juta disalurkan kepada Kedah; Negeri Sembilan RM2 juta; Johor RM1.96 juta; Melaka RM1.1 juta; Terengganu RM1 juta; Kelantan RM750,000; Perlis RM670,000; Wilayah Persekutuan RM556,000 dan Pulau Pinang RM400,000," katanya menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) mengenai jumlah perbelanjaan bagi IKR pada 2023 serta butiran perbelanjaan di peringkat negeri.


Rafizi sementara itu turut memaklumkan, kelulusan itu diberikan kepada pelbagai agensi pelaksana seperti pihak berkuasa tempatan (PBT), pihak pembangunan koridor dan perbadanan kemajuan ekonomi negeri bagi tujuan pelaksanaan projek IKR.

IKR merupakan bantuan Kerajaan Persekutuan dan bertujuan mendemokrasikan dana kerajaan dalam membiayai pelaksanaan projek infrastruktur kecil awam yang terletak di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).


Inisiatif itu bertujuan mempercepat dan memudahcara pelaksanaan projek-projek kecil untuk kemudahan rakyat, juga membolehkan kalangan individu, wakil rakyat, jabatan-jabatan kerajaan mengenal pasti projek-projek infrastruktur kecil bernilai RM200,000 ke bawah untuk dilaksanakan segera.


Ia juga bagi membantu kontraktor-kontraktor kecil seluruh negara yang akan mendapat manfaat daripada projek-projek terbabit.


Menyentuh projek lain yang belum mendapat peruntukan Rafizi memaklumkan, walaupun permohonan projek yang diterima melalui aplikasi IKR itu telah mendapat kelulusan prinsip, namun ia perlu disemak dan disahkan oleh agensi pelaksana.


"Dalam hal ini, agensi pelaksana perlu melaksanakan siasatan tapak bagi menentukan kebolehlaksanaan projek dan kos projek serta memberikan maklum balas kepada Kementerian Ekonomi untuk penyaluran peruntukan.


"Kementerian akan turut melakukan tindakan susulan dengan pelbagai agensi pelaksana yang dilantik bagi mendapatkan maklum balas terkini pelaksanaan baki projek IKR berkenaan," tambah Ahli Parlimen Pandan itu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page