top of page

500,000 pelajar IPT nikmati baucar buku MADANI mulai hari ini

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 28, 2025
  • 1 min read

Baucar buku MADANI bernilai RM100 pelajar institusi pendidikan tinggi diagih mulai hari ini
Baucar buku MADANI bernilai RM100 pelajar institusi pendidikan tinggi diagih mulai hari ini

Inisiatif baucar buku MADANI bernilai RM100 kepada pelajar institusi pendidikan tinggi akan dilaksanakan bermula hari ini hingga 12 Disember 2025.


Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan memaklumkan, pemberian baucar itu melibatkan 500,000 pelajar universiti awam (UA), politeknik, kolej komuniti serta IPT swasta.


"Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan MADANI dalam menyokong keperluan pembelajaran mahasiswa selain meringankan beban kewangan mereka.


"Ia juga bertujuan membudayakan amalan membaca dalam kalangan generasi muda, khususnya mahasiswa, di samping merancakkan pertumbuhan ekonomi industri buku," katanya.


Baucar tersebut boleh digunakan untuk pembelian buku akademik, bahan rujukan, bacaan ilmiah serta pelbagai lagi menerusi portal https://mysiswaplace.my/.


Platform sehenti itu menyediakan lebih sejuta judul bacaan termasuk buku fizikal dan e-book daripada lebih 250 rakan niaga, selain berfungsi bagi semakan kelayakan, penjanaan baucar, penebusan serta pembelian bahan bacaan secara dalam talian sepenuhnya.


KPT dalam kenyataan sama merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas persetujuan kerajaan meneruskan pelaksanaan baucar buku RM100 untuk pelajar IPT warganegara Malaysia.


Kementerian turut berharap semua pelajar yang layak dapat memanfaatkan baucar buku ini untuk menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan keupayaan diri.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page