'50 tahun perintah masih tiada elektrik, ada yang tidak kena dengan GPS'



Tentu ada yang tidak kena dengan pemerintahan Gabungan Parti Sarawak (GPS) atau kualiti pemimpinnya selepas memeritah lebih 5 dekad, isu tiada bekalan elektrik masih terus kedengaran dalam kalangan penduduk Sarawak.


Oleh itu, Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin mahu pengundi Sarawak membuat perhitungan yang matang memilih parti yang benar benar ingin membantu rakyat sebeum keluar mengundi pada esok hari .


"Selepas 50 tahun masih nak cerita banjir, tak ada elektrik, tiada pembangunan berlaku. Kalau itu tidak ada, memang ada yang tidak kena. Maknanya pimpinan yang diberikan amanah selama ini hilang 'denyut nadi' untuk mengetahui masalah rakyat.


"Kita mahukan guna kesempatan ini untuk berikan dukungan kepada parti bukan pemerintah. Paling tidak pun untuk membawa suara rakyat ke dalam DUN agar siapa yang menjadi kerajaan, mereka tahu kehendak rakyat itu real dan ditunjukkan melalui pilihan raya (kemenangan calon pembangkang)," katanya dalam forum maya terbitan Studio KEADILAN, malam tadi.


Mengulas pertanyaan moderator apakah masih sesuai naratif KEADILAN parti Malaya sebagaimana didendangkan oleh pemimpin GPS, Shamsul berkata, kaedah berkempen sedemikian hanya sesuai diamalkan 30 tahun lalu.


"Bagi menjawab KEADILAN parti Malaya, sejak 2001 kita saksikan secara konsisten sehingga sekarang KEADILAN sentiasa masuk gelanggan pilihan raya dengan mengetengahkan calon calon tempatan.


"Tiada calon dari Melaka bertanding di Sarawak. Calon yang bertanding dalam DUN Sarawak adalah dari Sarawak dan kita membina akar umbi sejak 2001.


"Janganlah ambil pendekatan mudah sebagaimana disebut oleh pimpina utama GPS bahawa KEADILAN sudah hilang sokongan, janganlah terpengaruh. Ini cara kempen 20 atau 30 tahun yang lalu," katanya.


Mengenai tuduhan kononnya KEADILAN tidak lagi disokong oleh pengundi di Semenanjung berdasarkan keputusan pilihan raya Melaka, Shamsul berkata, pilihan raya sewaktu Covid tidak boleh dijadikan indikator penolakan rakyat.


"Kalau kita lihat baru baru ini, jika mahu buat perbadingan dengan Melaka, kita tahu dalam keadaan Covid kempen tidak dibenarkan, keluar mengundi hanya 60%. Pada saya itu bukan gambaran sebenar rakyat sudah tidak mahu kepada Pakatan Harapan.


"Di Sarawak kita mahu bawakan keadilan. Kita ada banyak Cabang dan Ranting di sini. Mesej kita, KEADILAN tidak kira sama ada di Semenanjung atau Sabah dan Sarawak, atas nama keadilan kita bawa obor keadilan yang mana ia tidak mengenal sempadan," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER