top of page

50 tahun menunggu, KEADILAN Sarikei selesai isu kewarganegaraan warga emas

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Jul 19
2 min read
Bruce Yee (berbaju biru) membantu seorang warga emas menguruskan dokumen kewarganegaraan
Bruce Yee (berbaju biru) membantu seorang warga emas menguruskan dokumen kewarganegaraan

KEADILAN Sarikei tampil membantu seorang warga emas dari Rumah Luing, Sungai Pama, Pakan yang masih belum memperoleh dokumen kewarganegaraan Malaysia walaupun telah berusaha selama lebih lima dekad.


Ketua Cabang KEADILAN Sarikei, Bruce Yee berkata, beliau telah menemani warga emas berkenaan bersama ahli keluarganya ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Cawangan Sarikei bagi mendapatkan penjelasan mengenai status permohonan kewarganegaraan tersebut.


"Pagi ini saya telah menemani seorang warga emas bersama ahli keluarganya ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Cawangan Sarikei bagi mendapatkan penjelasan berhubung punca kegagalan beliau memperoleh dokumen kewarganegaraan walaupun telah berusaha selama lebih lima dekad," katanya dalam hantaran di media sosial.


Menurut beliau, warga emas itu telah beberapa kali menghubunginya bagi mendapatkan bantuan daripada KEADILAN Sarikei agar isu kewarganegaraan yang dihadapi dapat diselesaikan.


Bruce berkata, beliau amat bersimpati dengan nasib warga emas tersebut yang masih belum memperoleh pengiktirafan sebagai rakyat Malaysia selepas lebih 50 tahun berusaha.


"Selama lebih 50 tahun, beliau terus berusaha mendapatkan pengiktirafan sebagai warganegara, namun sehingga kini impian tersebut masih belum menjadi kenyataan.


"Ketiadaan dokumen kewarganegaraan bukan sahaja menyukarkan urusan kehidupan seharian, malah menyebabkan beliau tidak dapat menikmati pelbagai bantuan dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan kepada rakyat yang layak," katanya.


Dalam pada itu, Bruce Yee merakamkan penghargaan kepada pegawai Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Sarikei atas layanan serta kerjasama yang diberikan sepanjang urusan tersebut.


"Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pegawai-pegawai Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Sarikei atas layanan yang mesra, profesional dan komitmen mereka dalam memberikan penjelasan serta panduan berkaitan proses permohonan yang sedang diusahakan," katanya.


Beliau berharap proses permohonan kewarganegaraan warga emas itu dapat dipermudahkan dan dipercepatkan mengikut peruntukan undang-undang.


Bruce menegaskan KEADILAN Sarikei akan terus membantu rakyat yang berdepan kesukaran mendapatkan hak serta akses kepada perkhidmatan kerajaan.


"KEADILAN Sarikei akan terus memberikan sokongan dan bantuan yang sewajarnya kepada rakyat yang memerlukan, khususnya mereka yang berdepan dengan pelbagai cabaran dalam mendapatkan hak serta akses kepada perkhidmatan kerajaan," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page