top of page

50 penduduk PPR Pantai Ria terima bantuan Sinar Ramadan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read
Datuk Fahmi mengagihkan sumbangan pada program Sinar Ramadan: Kempen Sekeluarga Sekampit Beras
Datuk Fahmi mengagihkan sumbangan pada program Sinar Ramadan: Kempen Sekeluarga Sekampit Beras

Seramai 50 penduduk di Program Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, Kuala Lumpur menerima bantuan dalam program "Sinar Ramadan: Kempen Sekeluarga Sekampit Beras 2026".


Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, sumbangan merangkumi sekampit beras, barang keperluan dapur serta sumbangan tunai RM100 itu diserahkan kepada penerima dalam kalangan asnaf, ibu tunggal dan anak yatim piatu.


"Turut hadir pada kempen yang diadakan di Surau Al-Hijrah, PPR Pantai Ria itu ialah Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Ahmad Fahmi Mohd Samsudin dan Setiausaha Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia (BAKIT) Mas Ali," kata Ketua Penerangan KEADILAN itu menerusi satu hantaran Facebook.


Sementara itu, ABIM menerusi hantaran di media sosial sama, memaklumkan kempen berkenaan bertujuan meghidupkan semangat Ramadan dengan memastikan keluarga asnaf dapat berbuka dengan tenang.


Pihaknya mensasarkan 300 bakal menerima bantuan menerusi kempen tersebut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page