top of page

5 pusat hemodialisis akan siap tahun ini - Pengerusi Felda



Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mensasarkan bagi membina lima pusat hemodialisis di lima negeri sebelum penghujung tahun ini.


Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata pembinaan pusat hemodialisis itu selari dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memudahkan warga Felda yang mengidap penyakit buah pinggang mendapatkan rawatan.


"Setiap pusat hemodialisis akan dilengkapi enam mesin untuk mencuci buah pinggang, yang mana kita sekarang ini sedang mendapatkan sijil menduduki bangunan (CF)," katanya.


Ahmad Shabery ditemui pemberita selepas merasmikan Program Kesejahteraan Komuniti Malaysia Madani sempena Hari Peneroka Felda Wilayah Terengganu.


Difahamkan pusat tersebut akan dibina di Felda Kerteh 5 di Terengganu, Felda Kelana Jaya di Selangor, Felda Wilayah Raja Alias, Negeri Sembilan, Felda Wilayah Johor Bahru, Johor dan Felda Chiku 3, Gua Musang, Kelantan.


Kos pembinaan pusat yang baharu dianggarkan bernilai RM2 juta manakala penubuhan pusat itu di bangunan sedia ada dengan dilakukan kerja-kerja naik taraf dijangka menelan belanja hampir RM1 juta.


Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa sambutan Hari Peneroka Felda 2023 pada 7 Julai lalu mengumumkan beberapa insentif untuk peneroka, antaranya Sumbangan Kesihatan Rahmah (SKR) yang melibatkan peruntukan RM21.21 juta dan pembinaan pusat hemodialisis dengan peruntukan RM21 juta.


Insentif khas SKR sebanyak RM300 itu akan memanfaatkan 70,715 peneroka yang berumur 65 tahun ke atas, manakala 12 pusat hemodialisis akan dibina di semua wilayah Felda dan sebuah lagi di premis Yayasan Felda di Kelana Jaya, yang akan memanfaatkan 2,000 pesakit.

Sementara itu ketika mengulas tujuh lagi pusat hemodialisis, Ahmad Shabery berkata, pihaknya menjangkakan pembinaan kesemua pusat itu akan siap dalam tempoh dua tahun.


"Kita telah mengenal pasti kesemua tapak untuk dibina dan dibangunkan kesemua 12 pusat hemodialisis, namun kita bina secara berperingkat dengan membina lima buah pusat terlebih dahulu tahun ini," jelasnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page