5 inisiatif manifesto Selangor dilaksana 100 hari kerajaan terbentuk
- Redzuan Shamsudin
- Aug 11, 2023
- 2 min read

Kerajaan Negeri Selangor yang terkenal mengotakan janji dan telah menyediakan kewangan secukupnya sebelum janji diumumkan, hari ini berjanji akan melaksanakan segera beberapa insiatif manifesto PH - BN: "Tawaran Kita Selangor, Lima Tekad, Lima Tahun".
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, 5 inisiatif tersebut akan dilaksanakan dalam jangka masa 100 selepas kerajaan PH - BN Selangor dibentuk.
"Dalam jangka masa 100 hari selepas Kemenangan Kita Selangor nanti, Kerajaan Perpaduan Negeri Selangor akan melaksanakan 5 perkara yang diikhtiarkan dalam Tawaran Kita Selangor," katanya dalam amanat khas kepada pengundi Selangor, pagi tadi.
Lima janji yang akan segera dilaksanakan itu adalah Menghargai wanita bekerja dengan pemberian RM1,000 kepada 5,000 wanita bagi mengurangkan kos penjagaan anak-anak; Melaksanakan pengecualian cukai pintu utk rumah kampung, rumah kos rendah; 1,000 mahasiswa Negeri Selangor akan terima baucar buku Kita Selangor bernilai RM 200; Menaikkan elaun Imam, Bilal dan Siak; dan 500 petani, pesawah dan nelayan akan terima Insentif Pertanian dan Perikanan Kita Selangor berjumlah RM 1000.
"Dengan berbesar hati juga saya ingin mengumumkan sekiranya Gabungan Perpaduan yang terdiri daripada PH dan Barisan Nasional berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri Selangor pada 12 Ogos ini dan membentuk Kerajaan Negeri Selangor, kita bersetuju untuk isytiharkan cuti peristiwa buat seluruh rakyat Negeri Selangor pada 14 Ogos 2023 iaitu pada hari Isnin depan," katanya.
Sebelum itu, Amirudin mengingatkan rakyat Selangor akan kejayaan Kerajaan Negeri pimpinannya dalam mengekang wabak Covid 19 pada 2020 - 2021 lalu.
Katanya, Kerajaan Negeri membelanjakan wang simpanan (rizab) untuk membeli vaksin bagi menyelamatkan nyawa rakyat Selangor.
Sedangkan di seluruh negara terdapat 37,165 insan terkorban akibat pandemik Covid-19 akibat tidak kompetannya kerajaan PN ketika itu menangani wabak.
Begitu juga malapetaka bah besar tahun 2021, Kerajaan Negeri, katanya memberi bantuan RM1,000 kepada setiap keluarga terjejas, dan 130,000 keluarga yang terkesan telah kembali membina semula kehidupan mereka.
Comments