top of page

48 NGO berkampung 6 hari di luar kedutaan Amerika Syarikat



Oleh: Abdullah Zaid


Sebanyak 48 badan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi politik termasuk Angkatan Muda Keadilan (AMK), Wanita KEADILAN Pusat dan Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) dijadual mengadakan bantahan dan berkhemah di hadapan kompleks Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur selama enam malam, bermula hari ini.


Penganjuran piket di bawah Sekretariat Solidariti Palestin itu dilakukan bagi membantah tindakan AS yang berulang kali menggunakan kuasa veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Perhimpinan Agung PBB untuk mensabotaj usaha perdamaian di Gaza.


"Sebagai warga Malaysia yang cintakan keamanan, kami sedih mendengar, membaca dan melihat pengeboman membuta tuli terhadap orang awam, rumah dan hospital serta pembunuhan beramai-ramai terhadap nyawa rakyat tak berdosa, anak-anak, bayi, perempuan dan lelaki yang dilakukan siang dan malam oleh angkatan bersenjata Israel.


"Selain itu, pengeboman dan pengepungan Israel tanpa henti terhadap Gaza telah memburukkan bencana kemanusiaan yang belum pernah terjadi sebelumnya dan genosida yang berkepanjangan di zaman moden," kata Sekretariat dalam satu kenyataan.



Justeru, Sekretariat Solidariti Palestin mengajak semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan warna kulit bersolidariti bersama rakyat Palestin atas semangat kemanusiaan dan bersama sama dalam piket tersebut.


"Aksi bertindak ini akan diadakan secara aman. Kami akan membuka khemah dan tinggal di khemah sepanjang piket, selain mengadakan acara-acara solidariti setiap malam dan memasang bendera serta simbol perjuangan rakyat Palestin.


"Kami juga merancang satu himpunan mega diadakan sebagai grand finale pada 31 Disember sebagai acara penutup.


"Oleh itu, kami ingin menjemput semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan warna kulit serta mereka yang bersolidariti bersama rakyat Palestin atas semangat kemanusiaan untuk bersama dalam aksi ini," jelas Sekretariat itu lagi.


Selain KEADILAN, turut terlibat dalam tindakan itu adalah Pemuda AMANAH, Pemuda Sosialis DAP dan Mahasiswa UMNO Malaysia (UMNOSISWA) bersama NGO lainnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page