top of page

43 permohonan baharu kad insentif Menu Rahmah, diskaun 40 peratus

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 15, 2023
  • 1 min read


Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan sebanyak 43 permohonan baharu kad insentif Menu Rahmah diterima sejak dilancarkan pada 2 November lalu.


Timbalan Menteri, Fuziah Salleh berkata, sehingga kini lebih 2,800 pengusaha premis makanan masih menawarkan Menu Rahmah.


Setakat ini, kad insentif Menu Rahmah sudah ada 43 permohonan dan kita buka kepada pendaftaran baharu yang menawarkan Menu Rahmah untuk mendapat kad diskaun ini.


"Ada enam pasaraya yang terlibat dan mereka menawarkan diskaun sehingga 40 peratus. Ada SKU (stock keeping unit) beratus, ada SKU berpuluh dan akan dilancarkan pada hujung November ini," katanya menerusi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) yang meminta KPDN menjelaskan status dan hasil kad Diskaun Khas Menu RAHMAH.


Terdahulu, menyentuh soalan Ahli Parlimen Dungun mengenai langkah kerajaan dalam menanggani isu kartel bagi barangan terkawal, Fuziah berkata, akta sedia ada sudah memadai untuk mengawal aktiviti sebegini.


"KPDN ada punca kuasa untuk akses maklumat dan data harga di setiap rantaian bekalan. Maksudnya kita boleh tahu harga pengeluaran, kos pengangkutan sehingga kos di peringkat peruncit.


"Justeru, Akta Persaingan boleh digunakan sekiranya didapati kartel berpakat untuk menaikkan harga sesuatu barangan kawalan contohnya harga ayam," ujarnya.


Untuk rekod, sejak pengapungan harga ayam bahan utama protein rakyat Malaysia itu tidakm pernah melepasi harga siling yang ditetapkan dan ianya satu rekod yang menutup kritik pihak pembangkang kononnya harga akan melambung apabila kerajaan menarik balik subsidi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page