top of page

4 projek besar atasi banjir di Kelantan dimulakan Julai ini



Kerajaan Persekutuan tidak memilih bulu dalam membantu negeri pembangkang berdepan isu banjir terutama di Kelantan.


Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata bagi tujuan itu kerajaan memperuntukkan sebanyak RM11.5 juta untuk menaik taraf empat sistem saliran dengan kadar segera di negeri tersebut bagi mengatasi masalah banjir.


Empat projek membabitkan membina dan menyiapkan saliran di Baruh Kadok ke Pasar Batu 8; projek naik taraf sistem saliran di Taman Wadi Iman, Kok Lanas; Kampung Kota, kawasan belakang Istana Negeri Kubang Kerian dan pembinaan saliran di Kampung Kota, Kota Bharu katanya akan dilaksanakan segera bermula pertengahan Julai ini.


"Projek ini membabitkan kerja menaik taraf saliran konkrit, membaik pulih jalan dan penutup longkang, pengalihan utiliti Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia serta kerja lain yang berkaitan," katanya dipetik.


Nik Nazmi yang juga Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan berkata pada sidang media di Lawatan Kerja Menteri ke projek membina dan menaiktaraf sistem saliran bagi mengatasi masalah banjir di Taman Wadi Iman, Kok Lanas, Kota Bharu pada Isnin.


Sementara itu tambahnya, projek di Baruh Kadok ke Batu 8 dapat mengatasi masalah banjir kilat pada setiap musim tengkujuh dan hujan lebat berikutan saliran sedia ada di lot persendirian yang dikambus.


"Keadaan ini menyebabkan air bertakung dari kawasan Baruh Kadok seluas 12 hektar hingga ke Pasar Batu 8 dan menyebabkan banjir. Aliran trafik di Jalan Kota Bharu ke Kuala Krai juga turut terjejas.


"Tiga projek lain iaitu di Kampung Kota, kawasan belakang Istana Negeri Kubang Kerian dan Taman Wadi Iman, Kok Lanas dijangka siap pada pertengahan tahun hadapan.


"Apabila siap sepenuhnya, tanah seluas 452 hektar yang menjadi kawasan banjir dijangka dapat dikurangkan dan memberi manfaat kepada 7,300 penduduk," katanya.


Dalam perkembangan yang sama, Nik Nazmi berkata, projek tebatan banjir adalah menjadi keutamaan kepada kementeriannya.


Peruntukan besar untuk projek-projek itu adalah tindakan mencegah banjir secara proaktif yang diambil kerajaan di peringkat Persekutuan.


"Justeru, kita akan membuat perancangan termasuk berbincang dengan Majlis Tindakan Pembangunan Negeri kerana ia turut membabitkan pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page