Tarikh 4 April 2024 merupakan tanggal keramat yang mencatat kelahiran Parti Keadilan Nasional (sebelum bergabung Parti Rakyat Malaysia) sebagai penyambung perjuangan Reformasi jalan raya yang tercetus pada 2 September 1998.
Bagi tokoh awal Reformasi, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan, tarikh 4 April perlu dikenang oleh pejuang KEADILAN sebagai detik penting bermulanya aspirasi perjuangan rakyat menegakkan demokrasi dan mengembalikan hak hak yang dicabuli oleh pemerintah tirani.
"Hari ini tarikh 4 April 2023 adalah tarikh keramat bagi KEADILAN dan pejuang reformasi.
"Pada 1999 di Hotel Renaissance, pelancaran satu parti baharu pada tarikh itu yang membolehkan kita pejuang reformasi bersama sama mengumpul tenaga, semangat untuk kita perjuangkan masa depan negara juga rakyat Malaysia, berlandaskan prinsip keadilan untuk semua.
"Sejak itu parti KEADILAN telah dan mampu meneruskan perjuangan selama 24 tahun dengan meletakkan kepentingan rakyat di atas segala-galanya," kata Zahir kepada Suara Keadilan.
Setelah lebih dua dekad katanya, KEADILAN telah dua kali menjadi membentuk kerajaan, namun kali ini adalah detik paling bermakna apabila tokoh Bapa Reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 10.
Kemenangan yang dinafikan sejak 24 tahun lalu itu, kata Hassan, berjaya dikecapi oleh perjuang KEADILAN dengan berkat kesabaran, dedikasi dan semangat juang pantang berundur.
"Lantaran prinsip perjuangan inilah yang membolehkan parti KEADILAN terus wujud, kuat dan sehingga sekarang menubuhkan kerajaan yang terbukti dalam sidang parlimen kali ini, yang kukuh utuh untuk memperjuangkan rakyat.
"Selamat menyambut kelahiran parti KEADILAN ke 24," katanya lagi.
Untuk rekod, Zahir Hassan merupakan antara pejuang awal Reformasi dan mengharungi pahir getir berhadapan rejim Mahathir demi memperjuangkan keadilan dan ketuanan rakyat di Malaysia.
Comments