4,500 doktor kontrak ditawar jawatan tetap
- Suara Keadilan

- Oct 10
- 1 min read

Oleh: Akmal Manaf
Seramai 4,500 doktor berstatus kontrak akan ditawarkan ke jawatan tetap pada tahun hadapan.
Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pada tahun depan juga, seramai 935 graduan di bawah Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan ditawarkan ke jawatan tetap.
''Sejak 2023 hingga 2025, Kerajaan MADANI meluluskan sebanyak 1,500 jawatan tetap tambahan bagi menyerap doktor ke jawatan tetap termasuk pengisian tahunan sejumlah 12,900 doktor kontrak yang juga telah diserap ke jawatan tetap.
''Seramai 830 jururawat kontrak telah ditawarkan lantikan tetap pada tahun ini.
"Untuk tahun depan, seramai 935 graduan Institut Latihan KKM akan ditawarkan ke jawatan tersebut,'' katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Anwar yang juga Menteri Kewangan, kerajaan bersetuju menetapkan semula kadar fi perunding pengamal perubatan am antara RM10 hingga RM80 selepas ia tidak dikaji sejak 2006.
Katanya, kadar Elaun Tugas Atas Panggilan (ETAP), yang tidak disemak sejak 2011, turut dinaikkan sekitar 40% dengan peruntukan tambahan sebanyak RM120 juta.









Comments