top of page

4,100 isi rumah terima manfaat dari program IPR



Seramai 4,100 isi rumah telah menerima manfaat dari pelaksanaan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang diperkenal Kementerian Ekonomi.


Menterinya, Rafizi Ramli berkata, IPR merupakan satu daripada langkah intervensi bersifat jangka masa pendek dan sederhana dilaksana kerajaan dalam usaha menoktahkan kemiskinan tegar tahun ini dengan menyasarkan peningkatan pendapatan golongan miskin tegar dan kumpulan B40.


"IPR yang dilaksana meliputi penyediaan eksosistem yang lengkap dan bantuan bukan wang yang diberi kepada peserta bagi menyokong dan menggalakkan mereka menjalankan aktiviti ekonomi bagi menjana pendapatan tambahan secara mampan.


"Untuk makluman, sehingga kini kira-kira 4,100 isi rumah telah mendapat limpahan manfaat hasil pelaksanaan IPR," katanya pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri, di Dewan Rakyat pada Khamis.


IPR dilancarkan pada 26 Februari lalu bertujuan membantu golongan miskin tegar, miskin dan B40 menjana pendapatan mampan dengan dengan mewujudkan ekosistem antara pemohon, pemegang taruh dan masyarakat setempat.


Ia dilaksanakan menerusi tiga model iaitu Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN).


Dengan peruntukan sebanyak RM750 juta diterima menerusi Belanjawan 2023, IPR menyasarkan membantu kira-kira 130,000 orang rakyat tersusah tanpa mengira latar belakang kaum untuk keluar dari belenggu kemiskinan.


Sementara itu dalam usaha meningkatkan penyertaan golongan sasar dalam inisiatif IPR, Rafizi berkata semua agensi kerajaan telah diminta mengenal pasti isi rumah berpendapatan rendah bagi diserapkan dalam mana-mana program bersesuaian di bawah IPR menjelang akhir tahun ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page