top of page

36 sekolah rosak akibat ribut bakal terima peruntukan



Peruntukan kecemasan bagi membaiki 36 buah sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor susulan kejadian ribut pada Jumaat lalu akan disegerakan.


Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan peruntukan berkenaan akan disalurkan kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS).


Menurut kenyataan dikeluarkan, JPWPKL, JPNS dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan membuat penilaian lanjut terhadap kerosakan yang berlaku di sekolah berkenaan dengan kerjasama daripada Jabatan Kerja Raya (JKR).


"Seterusnya, pihak JKR akan mengemukakan laporan penilaian berserta anggaran kos kepada KPM. Penyaluran peruntukan penyelenggaraan untuk tujuan membaiki kerosakan di bawah (peruntukan) kecemasan akan disalurkan kepada JPWPKL dan JPNS dengan kadar segera," katanya.


Sebelum ini, beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor terjejas selain ada yang rosak selepas kejadian ribut melanda kawasan berkenaan pada petang Jumaat lalu.


KPM memaklumkan kejadian berkenaan mengakibatkan kerosakan 27 buah sekolah di Kuala Lumpur dan sembilan buah sekolah di Selangor.

Kerja pembaikan sementara dan pembersihan segera telah dilaksana bagi membolehkan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) diteruskan tanpa sebarang gangguan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page