top of page

350 usahawan hadiri konvensyen usahawan MADANI anjuran DPIM



Seramai 350 usahawan seluruh negara menghadiri konvensyen usahawan MADANI anjuran Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) baru baru ini.


Acara julung kali yang diadakan di Bangi Convention Center itu bersempena sambutan 30 tahun DPIM dan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Zamri Salleh.


Setiausaha Agung DPIM, Adli Harith Mahyuddin berkata, melalui konvensyen itu pihaknya mengambil inisiatif memberi bimbingan kepada usahawan melalui solusi emas sebagai penyelesaian kewangan syarikat.


"Solusi ini bukanlah semata mata solusi kewangan biasa, namun terkait dengan agenda perjuangan Ekonomi Digital Islam yang telah diperkenalkan sejak tahun 2022.


"DPIM juga telah bekerjasama dengan Angkasa Wijaya International Sdn. Bhd. bagi taklimat Inkubator Usahawan Madani.


"Melalui Inkubator Usahawan Madani, usahawan dibimbing bagaimana memperoleh geran perniagaan yang lebih efektif di samping tawaran projek projek perniagaan secara percuma," katanya dalam kenyataan.


DPIM tandatangani perjanjian kerjasama dengan Planworth Global Factoring Sdn. Bhd

Pada acara itu juga DPIM telah memeterai perjanjian kerjasama dengan Planworth Global Factoring Sdn. Bhd iaitu Institusi Kewangan Pemfaktoran Bukan Bank yang terbesar yang menyediakan pelbagai solusi pembiayaan Islamik dan konvensional.


Menurut Adli Harith, kerjasama tersebut satu manfaat yang besar kepada usahawan dan sebagai alternatif fasiliti kewangan yang penting, terutamanya kepada usahawan Bumiputra dalam usaha mereka membangunkan perniagaan.


"Harapan yang dibawa oleh DPIM melalui program ini bukan sahaja membantu membangunkan perniagaan usahawan, namun dapat membantu dalam meningkatkan ekonomi negara melalui produktiviti yang dilahirkan oleh usahawan," tambahnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page