top of page

35% calon golongan muda, satu petanda baik - Ketua Pemuda PH



Tindakan Pakatan Harapan (PH) menurunkan 10 calon dari golongan muda dalam Pilhan Raya Negeri (PRN) Melaka dialu-alukan oleh Pemuda PH.


Menurut Ketua Pemuda PH, Howard Lee, strategi itu berdasarkan 40% daripada pengundi Melaka adalah golongan muda dan calon muda akan mampu membawa aspirasi serta masalah golongan berkenaan ke Dewan Undangan Negeri (DUN).


"PH mengalu-alukan dan menyambut baik keputusan Majlis Presiden dan PH Melaka untuk mencalonkan ramai calon dari sayap pemuda.


"Saya ingin maklumkan calon kita mempunyai jawatan dalam hierarki pemuda dan merupakan 10 dari 28 DUN. Lebih daripada 35% jumlah calon. Ini mencerminkan tuntutan pemuda dipenuhi.


"Kita tuntut 1/5 calon perlu terdiri dari golongan muda. Ini adalah satu pencapaian yang dialu-alukan


"Memandangkan 40% pengundi tergolong mereka yang berumur di bawah 40 tahun, ini (calon muda) adalah satu penampilan memberansangkan dan dialu-alukan," katanya dalam sidang media tengah hari tadi.


Menurut Howard lagi, dalam suasana ekonomi negara yang meruncing, pengangguran belia amat tinggi, kekurahngan pekerjaan maka golongan muda paling terkesan akibat impak ekonomi. Maka, katanya, lebih banyak calon pemuda maka suara anak muda akan lebih didengari.


Ketua Pemuda Amanah yang merupakan Timbalan Ketua Pemuda PH, Mohd Masbie Muda berkata PH bukan sahaja kali ini menurunkan calon muda yang berkualiti tetapi juga berintegriti.


"Kami akan bergerak atau berkempen di Melaka sebagai ketumbukan pemuda PH, di semua kerusi PH bertanding, khususnya kerusi pemuda


"Saya juga ingin menegaskan penghargaan dan mengalu-alukan kepercayaan kepimpinan ke atas calon muda berdasarkan rekod akademik dan pencapaian yang cemerlang.


"Calon kami bariskan ini adalah berintegriti dan menjadi tawaran terbaik buat rakyat Melaka. Pemuda PH berharap naratif, komitmen kami dan trak rekod kerajaan PH Melaka selama 22 bulan harus menjadi indikator utama rakyat untuk membuat keputusan," katanya.


Manakala Naib Ketua Wanita KEADILAN, Sangetha Jayakumar pula mengharapkan dua calon wanita muda PH akan diberi kepercayaan oleh pengundi Melaka untuk membawa suara mereka dalam sidang DUN.


"PH bukan sahaja mencalonkan anak muda tetapi juga wanita muda, seperti saudari Leng Chau Yen di Bandar Hilir dan saudari Farzana Hayani Mohd Nasir yang mewakili kita di Sungai Rambai.


"Apabila anak muda terkesan, wanita muda juga terkesan apabila keluar dari IPT (tiada kerja), juga wanita muda yang mempunyai keluarga muda. Kami berharap wanita muda ini menang dan membawa hal ehwal wanita (ke sidang DUN). Inilah pentingnya calon wanita dalam PRN ini," katanya.


Sesi berkenaan juga memperkenalkan 10 calon-calon muda PH. Ketua Pemuda PH menyeru agar pengundi Melaka yang merantau di di negeri lain agar pulang untuk mengundi pada 20 November ini bagi melakukan perubahan total dalam politik Melaka.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page