top of page

34 ribu pencarum KWSP lulus skim pembiayaan peribadi



Pembiayaan peribadi dengan mencagarkan sejumlah caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KESP) biar pun dianggap kurang popular oleh pihak pembangkang namun telah dipohon oleh 74,392 pencarum.


Berdasarkan kenyataan daripada Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP, di bawah Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) berkenaan 34,643 daripadanya layak mendapat pinjaman yang melibatkan dana berjumlah RM722 juta.


Menurut KWSP, fasiliti tersebut disediakan bagi membolehkan permohonan awal bagi Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau Umur 55 Tahun untuk mendapatkan pembiayaan peribadi


Berhubung perkara tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata KEWSP menjangkakan permohonan akan meningkat apabila Bank Simpanan Nasional juga mengambil bahagian sebagai penyedia pinjaman.


"KWSP menjangkakan jumlah permohonan untuk FSA2 akan terus meningkat, lebih-lebih lagi kini BSN melancarkan BSN MyRinggit Insan-i. Kami berbesar hati kerana kedua-dua MBSB Bank dan BSN menyokong Fasiliti Sokongan Akaun 2, yang kami percaya akan membantu ahli yang mempunyai isu kecairan tunai untuk mendapatkan pembiayaan peribadi tanpa impak yang serius terhadap simpanan persaraan mereka.


"Kami difahamkan terdapat kekeliruan di kalangan sebilangan ahli KWSP berhubung keperluan pembayaran balik bulanan pembiayaan peribadi ini.


"Kami ingin menjelaskan bahawa fasiliti ini disasarkan kepada ahli KWSP yang mempunyai simpanan dalam Akaun 2 dan disokong oleh pendapatan yang berpatutan untuk memastikan mereka mampu membiayai pembiayaan peribadi tersebut dan komited kepada pembayaran balik bulanan tanpa menjejaskan kecukupan dan jaminan pendapatan persaraan mereka.


"Perlu diingatkan bayaran balik bulanan adalah perlu untuk memastikan pinjaman dibayar tepat pada masanya,” kata beliau.


Tambah Amir Hamzah, Jumlah kelayakan untuk pembiayaan peribadi tersebut adalah berdasarkan jumlah simpanan dalam Akaun 2, dengan jumlah pembiayaan minimum sebanyak RM3,000 dan maksimum RM50,000.


"Ahli boleh membuat permohonan pembiayaan peribadi secara dalam talian melalui MBSB Bank atau BSN. Setelah pembiayaan peribadi diluluskan, ahli boleh mengemukakan permohonan awal bagi Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun kepada KWSP berdasarkan jumlah pembiayaan yang diluluskan.


"Di bawah Fasa 1, ahli yang layak berumur 40 tahun ke atas boleh memohon, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak bank.


"Amaun pengeluaran yang tertakluk kepada jumlah dalam Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun akan dibuat ke akaun bank ahli apabila ahli mencapai umur antara 50 hingga 55 tahun mengikut pilihan umur pengeluaran ahli," katanya kagi.


Dua buah bank menyediakan perkhidmaan pembiayaan peribadi adalah MBSB Bank melalui kemudahan patuh Syariah Ihsan-i bermula 7 April lalu dan Bank Simpanan Nasional (BSN) melalui BSN MyRinggit Insan-i bermula semalam.

Permohonan akan dibuka selama setahun, membolehkan ahli KWSP mempunyai masa mencukupi untuk membuat permohonan awal bagi Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau Umur 55 Tahun.


Ahli boleh rujuk http://fsa2.kwsp.gov.my/ untuk menyemak kelayakan mereka bagi permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun dan jumlah yang boleh dipohon di bawah fasiliti tersebut. Selain itu, soalan lazim berkaitan fasiliti ini juga terdapat di laman web untuk rujukan ahli.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page