top of page

317,260 usahawan terima manfaat AIM enam bulan pertama 2025

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 hours ago
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Sejumlah RM1.48 bilion pembiayaan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah disalurkan kepada 317,260 usahawan di seluruh negara dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.


Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Ewon Benedick (gambar) berkata, daripada jumlah itu RM178.14 juta disalurkan kepada 30,288 usahawan di Sabah.


"Sabah mencatatkan bilangan Sahabat AIM tertinggi iaitu 52,680 orang, termasuk 3,570 Sahabat AIM Cawangan Kota Belud.


"Bagi kawasan Kota Belud, AIM menyalurkan pembiayaan sebanyak RM15.57 juta membabitkan 1,935 usahawan manakala di Kadamaian sahaja sebanyak RM3.4 juta disalurkan kepada 1,312 usahawan.


"Saya berharap pembiayaan ini dapat diteruskan untuk menyokong usahawan informal dan usahawan kecil di seluruh negara," katanya dalam kenyataan.


Kenyataan itu menyusul majlis perasmian Mini Karnival Sahabat Usahawan AIM di Kota Belut yang disempurnakan pada Isnin.


Karnival itu turut dimeriahkan dengan Jualan MADANI anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang menawarkan potongan harga hingga 20 peratus bagi barangan keperluan harian, selain pertandingan busana tradisional terbaik, dan pertandingan masakan tradisional Hinava.


Pada acara itu turut Ewon penyampaian cek cura pembiayaan AIM berjumlah RM15.57 juta kepada Cawangan Kota Belud.


Menerusi kenyataan sama, Ewon turut merakamkan penghargaan kepada Sahabat AIM yang berjaya merancakkan ekonomi mikro di daerah itu, serta mengiktiraf usaha AIM membantu wanita luar bandar keluar dari kemiskinan dan membina kejayaan sebagai usahawan kecil.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page