top of page

301 projek perumahan swasta berjaya dipulih - Akmal Nasir

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 30, 2023
  • 1 min read


Oleh: Abdullah Zaid


Kerajaan Perpaduan mencacat kejayaan besar apabila berjaya memulihkan sejumlah 301 projek perumahan swasta yang tidak berdaya maju atau 'projek sakit' dengan nilai pembangunan kasar (GDV) bernilai RM28.81 bilion bagi tahun ini.


Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Akmal Nasrullah Mohd Nasir (PH-Johor Bahru) berkata, projek swasta itu meliputi pembinaan 38,750 unit perumahan yang telah kembali pulih.


Jelasnya, KPKT pada ketika ini sentiasa komited berusaha menyelesaikan projek perumahan sakit termasuk menubuhkan jawatankuasa khas (task force) bagi menyelesaikan projek perumahan bermasalah secara berfokus.


"KPKT menubuhkan task force projek perumahan sakit dan terbengkalai. Ia mencari pendekatan yang lebih berfokus dan strategik serta memberi impak positif dalam menyelesaikan isu projek sakit dan terbengkalai.


"Ia juga melibatkan usaha, iaitu fact finding (pencarian fakta) dan due diligence (usaha wajar) untuk mengenal cara terbaik bagi menyelesaikan projek kronik


"Selain itu, KPKT mengenal pasti kategori projek perumahan bagi kategori lancar, sakit dan lewat serta seterusnya memantau kemajuan projek sebenar dari semasa ke semasa yang melibatkan lawatan tapak secara berkala dan sistematik," kata Akmal pada Waktu Pertanyaan Menteri hari ini.


Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen R Yuneswaran (PH-Segamat) berhubung strategi kementerian untuk menjejak projek-projek perumahan swasta yang berstatus lewat, sakit atau terbengkalai secara menyeluruh.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page