top of page

300 wanita parlimen Ampang nikmati perlindungan sosial percuma



Perlindungan sosial di bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) amat bermakna kepada kira kira 300 wanita warga parlimen Ampang dari golongan B40 yang terpilih untuk menikmati skim berkenaan.


Menurut Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail, skim di bawah Akta 838: Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) itu telah ditaja oleh beliau untuk menikmati perlindungan sosial selama tempoh 12 bulan secara percuma.


"Dengan dua faedah utama yakni Perlindungan Bencana Domestik dan Perlindungan Keilatan, SKSSR merupakan satu bentuk penghargaan dan pengiktirafan buat wirawati yang tidak didendang atas jasa bakti dan sumbangan mereka kepada pemeliharaan dan pengukuhan kesejahteraan dan kebajikan sesebuah keluarga serta pembangunan modal insan.


"Program ini juga meningkatkan akses kepada bantuan kewangan, peluang pekerjaan, latihan kemahiran dan sebagainya di bawah Program Sinergi Sosial serta mengurangkan keterdedahan kepada risiko tanpa perlindungan keselamatan sosial.


"SKSSR juga boleh dianggap sebagai pengiktirafan bagi penglibatan aktif dan sumbangan wanita kepada “Care Economy” dan pembangunan institusi kekeluargaan, bukti jelas bahawa Kerajaan Madani merupakan sebuah kerajaan berkebajikan dan kalis masa depan yang memperjuangkan keadilan sosial dan kelestarian dalam semua dimensi," katanya dalam satu kenyataan.


300 wanita menerima skim perlindungan percuma bersama Rodziah Ismail

Program berkenaan, katanya diperluaskan untuk meliputi inisiatif lain berkaitan kesihatan, kesejahteraan dan kebajikan seperti serahan kepada persatuan atau individu dalam bentuk cek atau tunai buat 7 penerima; baucer untuk menyertai program bersunat beramai-ramai atau sunathon buat 200 kanak-kanak lelaki di antara 7 dan 12 tahun serta kotak bahan makanan asas untuk 40 keluarga dalam golongan miskin tegar.


Selain itu, kata Rodziah, terdapat juga kaunter perkhidmatan oleh agensi kerajaan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM); Lembaga Zakat Selangor; Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO); Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP); Jabatan Kesihatan Hulu Langat; Pertubuhan Kesejahteraan Psikospiritual Malaysia (PKPM) – perkhidmatan kaunseling dan psikoterapi; Yayasan Hijrah Selangor; Malaysia Madani


Tambah beliau, sasaran masa hadapan program berkenaan adalah untuk memperhebatkan penyediaan dan meningkatkan akses kepada pelbagai bantuan dan sokongan sosial berkaitan kesihatan, kesejahteraan dan kebajikan dan memperluaskan takrifan dan cakupan kesihatan serta kesejahteraan supaya meliputi semua aspek atau dimensi asas kehidupan termasuk fizikal, spiritual, emosi, intelektual, sosial, pekerjaan, kewangan dan alam sekitar.


Program anjuran Pusat Khidmat Parlimen Ampang itu berlangsung di Dewan Dato' Ahmad Razali, Ampang pada 2 Disember lalu yang turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Kumpulan keselamatan Sosial, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page