top of page

300 pelajar Permatang Pauh terima bantuan permulaan IPT

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
2 hours ago
1 min read
300 pelajar menerima sumbangan bantuan permulaan Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
300 pelajar menerima sumbangan bantuan permulaan Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

Seramai 300 pelajar dari kawasan Permatang Pauh terpilih menerima sumbangan bantuan permulaan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menerusi program anjuran Pusat Khidmat Rakyat Madani Permatang Pauh baru-baru ini.


Program berkenaan merupakan inisiatif Pegawai Khas Perdana Menteri, Dr Zainal Abidin Saad, bagi membantu meringankan beban pelajar dan keluarga dalam membuat persediaan melanjutkan pengajian ke IPT.


Inisiatif itu turut mendapat dukungan Hunza Group menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi menyantuni komuniti serta menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat setempat.


Majlis penyampaian sumbangan disempurnakan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mohamad Abdul Hamid.


Menurut kenyataan, para pelajar yang menerima bantuan berkenaan menyambut baik inisiatif itu yang dilihat memberi sokongan kepada golongan muda untuk meneruskan pengajian tanpa tercicir disebabkan kekangan kewangan.


"Para pelajar sangat teruja dengan inisiatif yang diinspirasikan daripada semangat dan matlamat Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi melihat tiada golongan yang tercicir dalam menyambung pelajaran," kata kenyataan itu.


Program tersebut turut mencerminkan kerjasama antara pusat khidmat rakyat dan sektor korporat dalam membantu keperluan pendidikan serta kebajikan masyarakat setempat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page