top of page

30 peratus tidak minat program eKasih, kerajaan cari kaedah terbaik





Kementerian Ekonomi sedang meneliti kaedah proses pemutihan yang terbaik untuk membasmi kemiskinan tegar secara lebih teratur dan bersasar.


Menterinya Rafizi Ramli berkata, cabaran kementerian kini adalah mengeluarkan golongan kurang berkemampuan itu daripada belenggu kemiskinan dalam pangkalan data sistem eKasih.


Hal itu katanya, sekitar 25 hingga 30 peratus miskin tegar masih menolak untuk terlibat dalam program-program membasmi kemiskinan.


"...kerana bagi mereka, bagi sahaja bantuan tunai. Manakala yang melibatkan menjana pendapatan mereka tidak berminat," katanya dalam Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (Pas-Rantau Panjang) mengenai perkembangan terkini program pemutihan di bawah sistem eKasih.


Mengulas lanjut, Rafizi berkata, hasil pemutihan yang dijalankan, senarai penerima eKasih yang telah dibersihkan setakat September lalu berjaya dikurangkan sekitar 80,000 isi rumah.


"Selain itu, ada kaedah yang mengabungkan data dalam jabatan kerajaan yang dijalankan secara selari, selain daripada mengerakan pemutihan dalam ekasih dan pemetaan yang dijalankan oleh Kementerian Ekonomi.


"Justeru, usaha itu membolehkan proses pemutihan berjalan dengan lebih baik dan saya yakin kita akan mendapat angka kemiskinan lebih tepat dan terperinci mengikut kedudukan isi rumah keluarga miskin," ujarnya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page