top of page

30% belanjawan pembangunan ke Malaysia Timur, RM100 juta sektor insentif buruh



Pakatan Harapan (PH) mencadangkan beberapa perkara untuk memperbaiki keterkebelakangan Sabah dan Sarawak yang tidak difokuskan dalam siri Belanjawan kerajaan BN dan PN sebelum ini.


Menurut Presiden UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, selepas memorandum kerjasama ditandatangani terdapat syor untuk kerajaan pusat meningkatkan pembangunan di Malaysia Timur, khususnya Sabah.


"Ada 6 hal utama di sini. Bagi Sabah yang kita bangkitkan adalah hal pembangunan kerana kita terkebelakang.


"Jadi cadangan yang dibangkitkan ialah 30% daripada bajet pembangunan harus diberi kepada Sabah dan Sarawak. Kedua, perkara yang telah pun dicadangkan oleh kerajaan PH dahulu, berkaitan geran khusus untuk Sabah dan Sarawak di bawah seksyen 112 Perlembagaan Persekutuan, di mana dalam Bajet 2020 kerajaan PH telah pun menambah sekali ganda (peruntukan) dan mencadangkan kadar ini ditingkatkan sekali ganda dalam masa 5 tahun. Bila PN ambil alih dia kembali ke asal.


"Kita cadangkan kali ini kadar yang disyorkan dikembalikan sebanyak RM108 juta untuk Sabah dan RM64 juta Sarawak," katanya dalam sidang media mendedahkan syor Belanjawan 2022 yang dicadangkan PH di Parlimen, tengah hari tadi.


Bagi sektor perindustrian, Madius berkata, PH mencadangkan satu peruntukan khas pembangunan sebanyak RM100 juta untuk Sabah dan Sarawak diwujudkan bagi mengembalikan kelancaran sektor tersebut di negeri berkenaan.


"Di Sabah sumbangan industri kepada KDNK sebanyak 7.2 %. Sebab itu ekonomi Sabah begitu lemah. 40% KDNK adalah perkhidmatan dan sebahagian besar dalam sektor pelancongan.


"Jadi pelancongan sudah teruk masa Covid, maka industri perlu beri bantuan. PH mencadangkan RM100 juta dalam galakan pekerjaan intensif buruh untuk sektor pembuatan bagi Sabah dan Sarawak. Ini perkara baru


"Saya dulu Menteri Perindustrian di Sabah dan memang tiada perkara ini," katanya lagi.


Mengenai bekalan elektrik, kata Madius, PH mencadangkan peruntukan RM1 bilion bagi membangunkan grid Selatan di kawasan yang kekurangan penjanaan elektrik.


Selain itu, PH juga mencadangkan pengeksportan hasil pertanian dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung dan mempertingkatkan sektor kesihatan yang ketinggalan di pulau Borneo berkenaan.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page