top of page

30,632 mangsa banjir di 203 PPS - MB Selangor



Terdapat 203 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan daerah seluruh negeri Selangor dibuka yang menempatkan 30,632 mangsa banjir setakat jam 8 pagi.


Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata bantuan digerakkan ke kesemua PPS.


Beliau turut memaklumkan banjir di Kampung Baru Hicom, Seksyen 26 masih dalam ketinggian tiga kaki dan majoriti penduduk tidak mahu keluar.


"Anggaran 2,500 orang masih di sana. Bantuan makanan dihantar buat semua penduduk untuk tengah hari dan malam oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA),” katanya dipetik.


Amirudin memaklumkan pihaknya akan membantu mangsa yang masih terperangkap di Bukit Changgang dan Bandar Sri Ehsan di Kuala Langat.


Dalam perkembangan berkaitan, dewan di Kediaman Rasmi MB dijadikan Dapur Ehsan bagi menyediakan makanan panas kepada mangsa banjir.


Untuk menyediakan makanan kepada 2,000 mangsa banjir, warga kerja Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) bergotong-royong menyediakan 1,500 hingga 2,000 pek makanan tengah hari untuk diagihkan ke sekitar Shah Alam.


Hal itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKPS di kediaman rasmi MB yang menjayakan program melalui Dapur Ehsan sehingga situasi banjir pulih sepenuhnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page