top of page

3 teras manifesto PH boleh direalisasikan calon KEADILAN



KEADILAN yakin sekiranya pengundi dalam Pilihan Raya Negeri Johor, 12 Mac ini memberi mandat maka 3 teras utama dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) yang dilancarkan semalam akan mampu direalisasikan.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh, rakyat Johor bakal mendapat manfaat besar sekiranya mengulangi apa yang mereka lakukan dalam Pilihan Raya Umum lalu.


"Tawaran PH dengan 3 teras utama. Pertama membela ekonomi rakyat. Kedua menjamin kesejahteraan rakyat. Mewujudkan pentadbiran bersih cekap dan amanah.


"Intipatinya ialah ada satu kesedaran dan iltizam yang sangat tinggi dari PH untuk mengutamakan rakyat serta mengetepikan kerakusan parti dan elit politik.


"Premis asal kita masih konsisten. Kita utamakan kebajikan, bukan sibuk tentang kerusi, kedudukan, nak pastikan kuat politik tetapi rakyat di bawah jadi mangsa.


"Sebab itu intipati tawaran ini selari dengan perkara itu," katanya.


Syed Ibrahim yakin wakil rakyat KEADILAN akan bersungguh sungguh melaksanakan 3 teras tersebut kerana calon calon yang dipilih kali ini adalah yang sangat setia, teruji keupayaan sebagai ADUN atau berprestasi baik ketika menjadi penyelaras DUN.


"Saya yakin setiap calon di bawah KEADILAN dan PH akan mendukung aspirasi tawaran dan bersungguh sungguh melaksanakannya jika dipilih sebagai wakil rakyat. Ini mesti menjadi motivasi kepada semua calon untuk lihat tawaran dan berusaha melaksanakannya," kata beliau.


Semalam Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan melancarkan manifesto PH mengandungi 3 teras utama.


Namun perkara yang paling difiokuskan adalah untuk mengembalikan skim skim bantuan rakyat yang diwujudkan ketika era pentadbiran PH yang lalu tetapi tidak lagi dijalankan oleh kerajaan BN seperti air percuma, Kad Sihat, insentif Siswa Harapan dan Takaful Warga Emas.


Kata Aminolhuda, PH akan memberi subsidi RM50 bagi setiap lawatan ke klinik sehingga maksimum RM500 setahun untuk sebuah keluarga dan RM200 untuk individu.


Selepas BN mengambil alih kerajaan negeri pada 2020, dasar subsidi perubatan tidak menentu dan terdapat aduan pada awal 2021 Kad Sihat Johor tidak boleh digunakan.


Selain itu, PH juga berjanji beri one-off sebanyak RM500 kepada pelajar diploma dan RM100 untuk pelajar asasi yang memulakan pengajian di universiti


Manakala Takaful Warga Emas Johor menawarkan bayaran RM1,000 kepada waris warga emas yang meninggal dunia.


Dalam teras bina semula ekonomi rakyat, PH akan mengusahakan pembukaan penuh sempadan Johor – Singapura dengan kaedah ‘Test & Release’ yang memberi peluang kepada rakyat Johor yang bekerja di Singapura untuk berulang alik dengan SOP yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).


Teras ketiga bagi mewujudkan pentadbiran bersih, cekap dan bermaruah dengan melaksanakan enakmen Anti-Lompat Parti serta melakukan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang diterima sebulat suara dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor baru baru ini.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page