top of page

3 skandal rasuah mega vaganza Umno BN dalam 3 PRU



Menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 rakyat melihat satu lagi skandal mega vaganza pemimpin Umno BN yang letupannya telah menggegar satu Malaysia.


Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, skandal menjelang PRU kali ini merupakan 'tradisi sakau' pemimpin Umno yang telah berlarutan sejak PRU 2013 lagi.


Katanya, sebelum PRU 13 lalu skandal National Feedlot Corporation (NFC) mengejutkan negara yang menyaksikan BN buat pertama kali kalah undi popular berbanding Pakatan Rakyat biar pun masih mampu menubuhkan kerajaan.


"Tahun 2013 negara didedahkan dengan skandal NFC yang melibatkan RM250 juta.


"Projek Kerajaan untuk ladang ternakan lembu gagal. Duit salah digunakan untuk membeli kondominium mewah.


"Akibatnya rakyat marah (menjelang PRU)," katanya dalam satu kenyataan.


Manakala menjelang PRU 14 pula, Hassan berkata kerajaan BN digugat pula skandal 1Malaysia Development Berhad yang menyebabkan BN kalah buat pertama kali dalam 61 tahun.


"Tahun 2018 negara didedahkan dengan isu rasuah 1MDB yang merupakan skandal kleptokrasi terbesar dalam sejarah dunia.


"Akibatnya rakyat marah sekali lagi.


"Natijahnya bukan saja Umno-BN kalah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Trengganu dan Sabah tetapi Umno-BN juga kalah di peringkat Persekutuan di Putrajaya.


"Buat pertama kali Umno-BN jadi Pembangkang di Parlimen," katanya.


Namun menurut Hassan, kerajaan BN - PN kali ini mungkin berasa agak selamat menghadapi PRU 15 kerana pembangkang tidak sekuat dahulu dan mengalami penjajaran semula.


Bagaimanapun, katanya, apabila muncul skandal kapal tempur persisir (LCS), nasib BN dan PN menjadi tidak menentu dalam menjelang PRU akan datang.


"Kerajaan hibrid BN-PN sekarang ini sedang berdepan kemunculan satu lagi skandal rasuah, pecah amanah jenayah, salah guna kuasa dan pelupusan wang haram dalam isu kapal tempur persisir (LCS).


"Wang Kerajaan ertinya wang rakyat berjumlah RM6.083 bilion telah dibayar bagi kontrak RM9 bilion untuk mendapatkan 6 buah kapal LCS untuk TLDM.


"Tempahan telah dibuat pada tahun 2011 tetapi selepas 11 tahun, sehingga sekarang sebuah kapal pun tak sampai kepada TLDM.


"Dalam isu Skandal Rasuah LCS ini, mereka yang patut bertanggungjawab ialah pemimpin-pemimpin besar Umno-BN iaitu Perdana Menteri ketika itu Najib Razak, mantan Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi dan Hishamuddin Hussein Onn Menteri Pertahanan dulu dan sekarang," katanya.


Tegas Hassan, diharapkan isu skandal kapal tempur LCS yang terdedah ini akan mengundang ribut dan taufan meruntuh dan menumbangkan sekali lagi Umno-BN dalam PRU yang akan datang, terutama tentangan dari pengundi muda yang muak dengan tradisi sakau pemimpin BN sejak 15 tahun lalu.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page