top of page

3 ribu terima bantuan Skim Mesra Usia Emas peringkat Paya Jaras



Sebanyak 3,000 warga emas di DUN Paya Jaras menerima bantuan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) petang tadi pada majlis bersama ADUN Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman di Tapak Parkir Pasaraya Econsave, Paya Jaras, Sungai Buloh.


"Matlamat program ini adalah untuk membantu dan meringankan beban para penerima, di samping sebagai satu penghargaan kepada golongan warga emas atas komitmen dan jasa bakti mereka dalam turut bersama-sama memacu pembangunan sosio-ekonomi.


"Program ini adalah salah satu Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang menzahirkan keperihatinan Kerajaan Negeri dengan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat pelbagai peringkat, termasuk golongan warga emas dan juga Orang Kurang Upaya (OKU)," kata Khairuddin dalam satu kenyataan.


Beliau yang juga Exco Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan Selangor berkata, sehingga kini hampir seramai 3,000 penerima telah menerima bantuan skim tersebut yang berupa baucar Jom Shopping RM 150 setiap seorang.


Dalam program tersebut juga beliau mengambil kesempatan untuk menyerahkan sumbangan kepada masjid, surau dan persatuan persatuan komuniti (gambar atas).


"Sumbangan ini yang keseluruhannya berjumlah RM 109,380 bertujuan membantu kariah dan penduduk-penduduk setempat menggerakkan aktiviti dan program kemasyarakatan, sekaligus, merancakkan lagi pembangunan sosial khusus di kawasan Paya Jaras," katanya.


Khairuddin berharap, penganjuran berterusan program bantuan SMUE mahupun sumbangan ini diharapkan dapat terus membantu meringankan beban rakyat, khususnya golongan warga emas dan OKU yang sememangnya memerlukan perhatian agar mereka tidak dilupakan.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page