top of page

3 Ogos Hari Keadilan Rakyat



Parti Keadilan Nasional (KeADILan) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) telah bergabung menjadi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) pada 3 Ogos 2003.


Hari ini merupakan ulang tahun ke 19 percantuman kedua dua parti yang membela suara rakyat marhaen.


Laman rasmi Parti Keadilan Rakyat telah mengucapkan Selamat Hari Keadilan Rakyat


Manakala para pimpinan juga berbuat demikian di media sosial mengungkapkan peristiwa bersejarah berkenaan.


Bagi Ketua Cabang KEADILAN Alor Gajah, Datuk Ginie Lim Siew Lin, ulang tahun KEADILAN kali ini diambang Pilihan Raya Umum ke 15 amat bermakna kerana parti tersebut ditubuhkan atas keringat dan air mata rakyat marhaen.

Datuk Ginie Lim Siew Lin

KeADILan katanya ditubuhkan akibat tuntutan urustadbir baik, menentang kronisme dan pengukuhan demokrasi pada 4 April 1999 manakala rakan gabungannya ditubuhkan pada 1 November 1955 di atas dasar perjuangan anti penjajah yang berjiwa demokrasi sosial serta nasionalisme progresif.


"Penggabungan dua parti politik dari dua zaman yang amat berbeza pada 19 tahun dahulu melambangkan kematangan politik pasca Reformasi yang bersandarkan 17 agenda perjuangan hasil pemikiran pimpinan PRM, dan persetujuan perwakilan kedua-dua parti melalui Kongres masing-masing.


"Dengan adanya agenda perjuangan yang bersandarkan prinsip demokrasi, keadilan dan kesamarataan di atas landasan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, kekuatan parti bertambah dengan kemasukan pejuang-pejuang keadilan, aktivis-aktivis demokrasi dan rakyat dari pelbagai latarbelakang yang yakin dan komited dengan matlamat perjuangan parti," katanya dalam kenyataan hari ini.


Justeru, beliau berharap kepelbagaian dan inklusitivi menjadi kekuatan parti untuk terus berkembang.


Juga menjadi tanggungjawab utama pemimpin untuk menggalakkan serta menguruskan perbedaan pandangan dalam proses pembuat keputusan di semua peringkat parti bagi mengukuhkan perpaduan sesama anggota.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page