top of page

3 negeri PH muktamad tangguh bubar DUN



Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang bermesyuarat hari ini membuat keputusan muktamad tidak akan membubarkan DUN di 3 negeri yang diperintah gabungan itu.


Keputuan tersebut dinyatakan oleh Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya tengah hari tadi.


"Kita menzahirkan penghargaan kepada rakan rakan di Pulau Pinang yang disampaikan oleh Setiausaha Agung DAP. Kita merasakan beberapa pandangan mereka itu wajar kerana mereka mewakili hasrat pengundi dan rakyat di bawah


"Saya tidak mahu ada andaian kita mengenepikan pandangan mereka kerana pandangan mereka ada rasional yang kukuh.


"Walau bagaimanapun PH adalah satu badan yang utuh dan kita memberikan ruang perbincangan yang cukup terbuka.


"Apa alasan kita membuat keputusan bersama. Pertama kita tolak kerakusan pemerintah untuk memaksa pilihan raya dalam keadaan rakyat susah menderita menghadapi banjir," tegas Anwar.


Di samping itu, beliau menjelaskan bahawa PH mahukan jentera Kerajaan Negeri yang berkuasa penuh dalam mengurus mangsa banjir jika malapetaka itu benar benar berlaku pada November ini, bukannya kerajaan sementara yang kuasanya terbatas.


"Kita mahu jentera kerajaan yang sah, bukan caretaker government menumpukan kepada pilihan raya. Kita mahu kerajaan yang bukan fokus kedudukan mereka, tetapi sepenuh perhatian kepada persiapan mengurangkan beban hidup mangsa banjir


"Oleh demikian saya dan Amanah yang punya pendirian sama pada peringkat awal dan DAP mengambil masa untuk menjelaskan pendiran, tetapi akhirnya Setiausaha Agung DAP juga memutuskan kita PH dan 3 negeri bersama membuat keputusan menangguhkan pilihan raya negeri supaya tumpuan boleh dibuat menangani masalah banjir," katanya.


Sementara itu Setiausaga Agung DAP, Loke Siew Fook pula berkata, biar pun Pulau Pinang mempunyai alasan kukuh untuk membubarkan DUN namun dari segi kesepakatan PH, amat merugikan sekiranya kerajaan diterajui DAP membuat keputusan bertentangan.


"Saya sedar, kepimpinan DAP Pulau Pinang hampir sebulat suara meminta diberi kelonggaran membubarkan DUN. Ada permintaan dari pengundi mereka supaya tidak keluar mengundi dua kali.


"Tetapi hari ini saya sebagai setiausaha agung saya perlu membuat keputusan agak sukar. Saya perlu mengecewakan rakan di Pulau Pinang. Kalau kita buat keputusan DUN Pulau Pinang dibubar tetapi Selangor dan Negeri Sembilan tidak bubar itu akan diterjemahkan sebagai satu keputusan memecahkan PH.


"Ia akan menjadi peluru kepada musuh kita menggambarkan PH tak bersatu dan tidak boleh buat keputusan kolektif," katanya.


Sehubungan itu, Loke lebih memilih mengutamakan perpaduan dan kepercayaan rakyat berbanding keuntungan DAP Pulau Pinang dalam isu pembubaran DUN.


"Itu sebab dalam keadaan genting saya sebagai Setiausaha Agung DAP tidak sanggup memberi peluru ini kepada pihak lawan.


"Sebab perpaduan PH lebih penting. Kita tidak boleh beri sebarang gambaran, kita ada keretakan," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page