top of page

3,850 ibu bekerja di Selangor terima insentif MamaKerja



Seramai 3,850 ibu bekerja di Selangor telah menerima insentif MamaKerja bernilai RM1,000.


Menteri Besar (MB) Datuk Seri Amirudin Shari berkata, inisiatif itu bagi meringankan kos penjagaan anak-anak sebagaimana yang terkandung dalam manifesto gabungan Perpaduan Selangor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), tahun lepas.


"Kerajaan Negeri menerima 5,595 permohonan untuk MamaKerja dan setakat Mac lalu, seramai 3,850 ibu bekerja telah menerima insentif ini, dengan bakinya sedang diteliti untuk pengesahan dokumen," katanya dalam catatan di Facebook.


Inisiatif MamaKerja merupakan antara aku janji yang ditawar gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat semasa PRN Selangor, Ogos tahun lepas.


Tawaran melibatkan peruntukan sebanyak RM5 juta itu bakal memanfaatkan 5,000 wanita bekerja yang memiliki tiga anak bawah 12 tahun dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM8,000.


Selain inisiatif tersebut, kerajaan negeri jelasnya sudah melunaskan lima manifesto penting yang ditawarkan semasa PRN.

Antara yang telah dilunaskan termasuk pemberian E-baucar buku mahasiswa bernilai RM200, pengecualian cukai taksiran 426,656 rumah kos rendah serta kampung dan pemberian insentif RM1,000 kepada 500 golongan petani dan nelayan berbentuk RM500 tunai manakala baki menerusi input peralatan.


Turut ditunaikan adalah bayaran kepada 760 imam di Selangor ditingkatkan sebanyak RM200 kepada RM1,500 manakala elaun bagi 1,900 nazir, bilal, dan siak juga dinaikkan RM50 sebulan kepada RM300 (nazir), RM340 (bilal) serta RM290 (siak).

Sementara itu Amirudin berkata, inisiatif yang sebahagian agenda ‘care-economy’ itu adalah seiring dengan usaha kerajaan membina Selangor sebagai sebuah negeri progresif yang mengangkat kebajikan rakyat.


"InshaAllah lebih banyak inisiatif kebajikan menyusul untuk pelbagai lapisan rakyat," tambahnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page