top of page

3,850 doktor kontrak terima lantikan pegawai tetap - Dr Dzulkefly

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 days ago
  • 1 min read

ree

Seramai 3,850 daripada 4,352 pegawai perubatan Gred UD10 bersetuju menerima tawaran lantikan tetap setakat Selasa.


Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, semua pegawai perubatan yang menerima tawaran itu akan melapor diri di fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) di seluruh negara bermula 2 Oktober ini.


"Secara amnya, kalau dibanding dengan tahun-tahun yang lepas, kadar penerimaan kini lebih kurang sama. Bezanya kali ini kita memberi tiga pilihan penempatan, termasuk di Sabah dan Sarawak. Itu cabaran utama untuk mengatasi masalah maldistribution.


"Daripada perspektif KKM, sebagai menteri saya sangat mengharapkan mereka terus bersama kami untuk membangunkan, memperkukuh dan memperkasakan lagi fasiliti-fasiliti kesihatan awam kita," katanya dipetik.


Terdahulu beliau hadir merasmikan Persidangan Saintifik Kesihatan Bersekutu ke-14 Tahun 2025 di Bangi pada Selasa.


Pada 23 Julai lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, kerajaan akan menyegerakan pengisian 4,352 perjawatan di fasiliti kesihatan, termasuk lantikan doktor kontrak tahun ini.


Langkah itu berikutan keperluan mendesak terhadap sektor penjagaan kesihatan negara.


Sementara itu Dr Dzulkefly memaklumkan, hasil tinjauan di Sabah dan Sarawak menunjukkan banyak pegawai perubatan dari Semenanjung yang awalnya keberatan, akhirnya memilih untuk kekal berkhidmat di sana hingga lima ke 10 tahun.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page