top of page

27 Timbalan menteri selesai angkat sumpah jawatan



Timbalan Menteri Kabinet berjumlah 27 orang telah mengangkat sumpah jawatan pada pukul 3.00 petang tadi.


Majlis angkat sumpah itu dilakukan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur.


Kemesua mereka melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan dengan disaksikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.


Sebagaimana upacara angkat sumpah menteri, kali ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut hadir menyaksikan majlis Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia.


Turut hadir, dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof bersama isteri masing-masing.


Juga Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang.


Dengan pelantikan Menteri sebanyak 28 orang dan Timbalan Menteri 27 orang, kabinet Anwar keseluruhannya berjumlah 55 orang.


Ini menepati janji Pakatan Harapan untuk mengurangkan jumlah menteri 70 orang, sama ada kabinet Tan Sri Mahiaddin Yassin mahu pun Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam tempoh 3 tahun lalu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page