
Sebanyak 27 orang Timbalan Menteri telah dipersembahkan nama merek kepada Yang di-Pertuan Agong petang tadi dan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pukul 8.30 malam ini.
"Ssetelah berbincang dengan semua ketua parti dan mengambil kira dari semua perwakilan parti dan wilayah, wanita dan pemuda saya persembahkan senarai Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, dan diperkenankan.
"Istiadat angkat sumpah akan dijalankan di Istana Negara pada pukul 3 petang esok," kata Anwar dalam pengumuman khas sebentar tadi.
Dengan pelantikan Menteri sebanyak 28 orang dan Timbalan Menteri 27 orang, menjadikan jumlah dalam kabinet Anwar sebanyak 55 orang.
Ini menepati janji untuk mengurangkan Menteri kabinet yang berjumlah 70, sama ada kabinet Tan Sri Mahiaddin Yassin mahu pun Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga berumlah 70 orang.
Pemimpin politik yang telah diperkenankan oleh Agong sebagai Timbalan Menteri adalah seperti berikut:
Timbalan Menteri di JPM: Ramkarpal Singh (Undang-Undang & Reformasi Institusi), Datuk Wilson Ugah Kumboh
Timbalan Menteri Kemajuan Desa & Wilayah: Datuk Rubiah Wang
Timbalan Menteri Kewangan: Steven Sim Chee Keong, Datuk Seri Ahmad Maslan
Timbalan Menteri Perladangan & Komoditi: Datuk Siti Aminah Aching
Timbalan Menteri Pertanian & Keterjaminan Makanan: Chan Foong Hin
Timbalan Menteri Pengangkutan: Datuk Hasbi Habibollah
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri: Liew Chin Tong
Timbalan Menteri Ekonomi: Datuk Hanifah Hajar Taib
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup: Fuziah Salleh (Senator)
Timbalan Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah
Timbalan Menteri Pertahanan: Adly Zahari
Timbalan Menteri Sains & Teknologi: Datuk Arthur Joseph Kurup
Timbalan Menteri Sumber Manusia: Datuk Mustapha @ Mohd Yunus Sakmud
Timbalan Menteri Luar Negeri: Datuk Mohamad Alamin
Timbalan Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi: Mohd Yusof Apdal
Timbalan Menteri Pendidikan: Lim Hui Ying
Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar & Perubahan Iklim: Datuk Hwang Tiong Si
Timbalan Menteri Belia & Sukan: Adam Adli Abdul Halim
Timbalan Menteri Pembangunan & Kerajaan Tempatan: Akmal Nasir
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat: Aiman Athirah
Timbalan Menteri Kesihatan: Lukanisman Awang Sauni
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi: Saraswathy Kandasami (Senator)
Timbalan Menteri Pelancongan, Kebudayaan & Kesenian: Khairul Firdaus
Timbalan Menteri Komunikasi & Digital: Teo Nie Ching